How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 31 Ogos 2010








Kemerdekaan Dan Pembantukan Malaysia















Dalam pembantukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah. Tujuannya hanyalah satu, kebebasan / kemerdekaan. Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jelasnya, dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut. Peperangan dan perundingan. Gerakan Nasionalisme Setiap orang tahu dan faham akan erti peperangan / kekerasan. Seandainya diberi pilihan untuk berada dalam suasana peperangan, pastinya setiap orang akan menjawab tidak. Ini kerana kesan dan akibat perang / kekerasan akan menimbulkan kesusahan kepada manusia. Sebenarnya peperangan telah berlaku semenjak tamadun awal manusia lagi. Bermulanya tamadun manusia moden, iaitu semenjak revolisi perindustrian di barat, barat telah mengamalkan dasar penaklukan terhadap negara-negara di dunia, termasuklah negara kita Malaysia. Semanjak itu, banyak berlaku penentangan dan keganasan demi untuk mencapati kebebasan. Maksudnya di sini, para pejuang kemerdekaan telah berusaha untuk menghalau penjajah dari menakluk negara tercinta. Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia (Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan penantangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terangganu. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan membawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, yang bermula di Kota Baharu telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap orang Melayu. Namun begitu kesan yang paling kuat ditanggng adalah daripada kaum Cina. Ini kerana perbelahan yang telah berlaku di antara Negara China dan Jepun. Jadi perasaan dendam telah membuatkan tertubuhnya banyak parti gerakan untuk menentang Jepun. Contohnya Parti Komunis Malaya. Penaklukan Tanah Melayu oleh orang-orang Jepun merupakan titik tolak bermulanya penubuhan gerakan Komunis di Tanah Melayu. Gerakan ini telah menjadi masalah terhadap keselamatan orang awam selepas berakhirnya penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Selepas pengunduran tentera Jepun, Parti Komunis Malaya telah menggunaka kesempatan ini untuk membuat kekacauan, keadaan selama lebih kurang tiga minggu ini membuatkan kerajaan British menghantar tenteranya ke Tanah Melayu dengan kadar segera. Dalam keadaan dan suasana peperangan serta keganasan, belum dapat ditentukan berapa banyak nyawa yang terkorban, berapa ramai yang menderita kerana tercedera paling menyedihkan, masyarakat telah menjadi truma dengan keadaan ini. Jadi kesan sosial telah berlaku apabila tamatnya peperangan dan keganasan. Apabila keadaan ini berlaku, corak penentangan telah berubah daripada menggunakan kekerasan bertukar kepada cara diplomasi. Gerakan Nasionalisme Menggunakan Perundingan. Disebabkan keadaan telah kembali terkawal walaupun belum aman sepenuhnya, gerakan penentangan secara bersenjata atau kekerasan tidak dilakukan lagi. Keadaan ini telah diganti dengan cara perundingan. Perundingan di sini lebih ditumpukan kepada proses kemerdekaan negara bangsa. Apabila disebut perkataan perundingan, pastinya semua orang tahu bahawa perundingan membawa maksud perbincangan, pemberi pendapat dan menerima maklumat dengan cara aman. Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad al-Hadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme. Kaedah politik juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak kemerdekaan. Politik juga dikaitkan dengan perundingan, ini adalah titik permulaan berlakunya perundingan dalam mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1955, Tanah Melayu telah mengadakan Pilihan raya Persekutuan yang pertama dengan kemenangan berpihak kepada parti Perikatan. Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.

PMR dAh dEKat

Kepada semua tentera PMR/SPM/STPM 2010
pertempuran akan bermula
bendera PMR/SPM/STPM
akan dinaikan tak lama lagi
dan bebdera ENJOY akan
diturunkan...
diistiharkan DARURAT...
lepak, ketawa huha2 sampai
pagi akan ditukar
dengan duduk mengadap
buku study sampai pagi...
Semoga mencapai straight 'A'
gewe letok tepi...prekso jawab sgoty...

Malam kian melangkah pergi,
masih aku sendiri termenung dalam sepi,
dalam gelap hadir bayangmu,
bagaikan mengundang mimpi saat denganmu...

Zahirnya kau tiada disisiku,
kau pergi meningalkanku keseorangan,
walau berkali ku tangisi,
tak mungkin kaukan kembali...

Aku tak terdaya mengharunginya sendirian,
tanpamu hidupku tak bererti,
hari berlalu kau kian menjauh,
disisi kekasihmu yang baru...

aMpuNkankU

Jika ada perasaan cinta,
biarkanlah ia berkekalan...
Jika hari ini ada perasaan sayang,
teruskanlah menyayangi dan jika ada rindu
lepaskanlah rindu itu...
Andai kita ada perasaan benci,
janganlah disimpan dan jikalau ada perasaan
marah, katakanlah...
Dan bila ada perasaan sedih,
sama-samalah
kita bersedih...
Jikalau gembira,
sama-samalah kita bergembira...
Jika ada perasaan tidak puas hati,
katakanlah dan bila
mata pejam tanpa celik ,
ampunkan segala
dosaku
padamu selama
ini...

zAMan pERsekOLahan

Hanya zaman persekolahan jew
yang mengajar kita erti
sahabat dan remaja,
bila zaman itu berlalu nescaya
ia xkan kembali lagi...
masa ini pula kita mencari haluan
masing-masing,
mungkin sukar untuk kita
semua bersatu kembali
dalam satu tempat sekecil
bilik darjah, belajar, bergurau, kenakan cikgu,
kekantin, ke padang bersama-sama...
terbukti zaman menjadi pelajar
adalah zaman yang sukar
dilupakan...
mungkin satu hari nanti
kita akan menangis kerana
rindukan sahabat kita
yang sangat kita
sayangi...=)

pERmIntAan

Kuminta kepada tuhan setangkai bunga segar,
ia berikan kaktus berduri,
Kuminta kupu-kupu,
diberi ulat berbulu,
Kusedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga,
indah sekali,
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik...

Itulah jalan tuhan,
Indah pada masanya,
tuhan tidak memberikan apa yang kita harapkan,
Tapi ia memberi apa yang kita perlukan...

pERsAhAbATan

+,+ persahabatan
+,o,+ umpama
(+'+sejambak
,), bunga. Andai ia


*,* terlerai, bisa
*,o,* digubah
(*'* semula. Namun
,), takkan

Seindah
gubahan yang
PERTAMA...
()""()()*"() bila
( ,'o' )('o', ) awak
ade, saya HAPPY


()""()tapi..bila
( 'o' )awak xde
saya sunyi..

kerana awaklah segala-galanya
bagi saya.......

PErKEnALAn

Sesaat pertemuan menitik perkenalan,

Seminit perkenalan menerbit kemesraan,

Sejam kemesraan mengukuhkan perhubungan,

Sehari perhubungan selamanya dalam ingatan...

Isnin, 16 Ogos 2010

SeL4m4t mEny4mbuT R4m4dH4n 4l-mUb4r4k


Selamat menyambutn bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam yang membaca blog aku nie(ada kew org bca huhu) semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.



Syukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan 1 bulan yang penuh dengan barakoh, syukur Allah s.w.t jadikan satu malam yang lebih baik dari seribu malam, syukur Allah naungi dengan rahmat dan hidayahnya dan syukur juga Allah s.w.t mempertemukan kita dengan bulan yang mulia ini. "" Ramadhan Al-Mubarak""...... Alhamdulillah......

Isnin, 2 Ogos 2010