How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 28 Mei 2012

Mencintai

Mencintai itu mudah,
untuk dicintai  juga mudah,
tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itu sukar....

Kerana perasaan cinta tak
boleh dipaksa ia akan
datang dengan sendirinya...

Jadi jangan cuba memandang
mata orang yang belum tentu
menjadi milik kita kerna
dari mata turun ke hati...

Apabila cinta tak terbalas
memang sakit didada
sakit sangat usahlah cuba untuk
merasa kesakitan itu kerna
ia satu PEYEKSAAN...
*Miss Zack





Written by:Zieyla Aarif

Ahad, 27 Mei 2012

SETIA

andai kau ingin tahu
sebanyak mana cinta 
aku padamu 
hintunglah ombak di
pantai...

Andai kau mahu tahu
sebanyak mana rindu
aku padamu
hintunglah titis hujan
yang turun...

Andai kau mahu tahu
sesetia mana cinta
aku padamu lihatlah
kesetiaan pantai
menanti ombak...

Tanpa cintamu hidupku
kelam tanpa cahaya...







Written by:Zieyla Aarif

Sabtu, 12 Mei 2012

aku tak de idea nak pikir tajuk

Assalamualaikum.... Hai....



Serius aku rindu gilerrr dekat blog aku, rindu nak mencarut, rindu nak luahkan apa yang aku rasa, rindu nak macam2 lah yang berkenaan dengan blog aku nieh... Sekarang aku tak tinggal dengan kakak aku dah tu sebab tak dapat nak update blog sokmo hihihi... habis kau tinggal kat mana?? atas pokok?? ni nak bagitahu jangan menyampuk... aku tinggal dekat rumah aku sendiri(rumah mak bapak aku lah) sebab aku tengah tunggu keputusan permohonan kemasukkan ke asrama.... Aku nak duduk kat hostel sebab kalau aku duduk kat hostel aku boleh study dengan kawan2 aku yang lain, kebanyakkan kawan aku tinggal dekat hostel jadi susahlah aku nak belajar dengan kawan2 tak best jugak kalau belajar sorang2 nieh....


Selama aku tak update blog ni, macam-macam idea aku muncul nak buat entry dekat blog padahal sebelum ni masa dok mengadap pc tak de pulak terfikir asyik xde benda je nak taip.... Tapi bila benda tu tak de depan mata macam2 lah terlintas dekat fikiran nieh... Tapi sekarang masa  memang tidak mengizinkan sangat , yela aku busy dengan kerja kursus PSV lagi, busy nak study lagi(yeke, macam tak percaya kau study) DIAM KAU!!! hehehe, busy dengan kelas tambahan lagi yang dipanggil SERAMBI MEKAH oleh geng2 aku yang asalnya SERAMBI ILMU hehehe...


Macam2 benda yang aku kena buat untuk teruskan hidup... Cehhhh.... Ni aku nak cerita tentang diri aku yang terlebih vitamin M... Dalam bulan 2 or 3 aritu sekolah aku start buat kelas EARLY BIRD yang dipanggil kelas ANGRY BIRD oleh tak payah bagi tahu mesti dah boleh agak geng sape yang suka sangat mencarut benda bukan2 ni... hehehe geng aku lah tu..., Nak tau tak selama kelas EARLY BIRD dijalankan tak pernah sekali  pun aku sertai... PEMALAS betul kau ni g-la, uittt!!! dengar dulu sebab-sebabnya baru komen...
Antara sebab-sebabnya ialah:
-kelas tu start jam 7.00 pagi hingga 7.40 pagi
-kena sampai awal ke sekolah
-tak sempat nak ke kantin dulu beli keropok 
-tak sempat nak borak2 dgn member dulu..
-dan yang terakhir ialah yg paling penting aku terlebih dos vitamin M... hehe


Aku ni pukul 7.00pg baru siap pakai seragam sekolah yang berwarna tak payah bagitau  sebab korang pun sekolah jugak kan... seragam sekolah yang tiada kaitan dengan jawatan2 yang ada di sekolah mestilah putih kecuali form 6..... Hah!!! kau tengok pukul 7.00 aku baru siap pakai seragam sekolah tu belum nak panaskan enjin motor, belum lagi pakai stoking, belum lagi pakai minyak wangi segala, belum lagi sarapan(tapi aku jarang sarapan kat rumah), belum lagi mintak duit dengan abah aku, belum lagi bersalam dengan ma aku...


Banyak lagi benda yang ada belum kat depan, habis macam mana aku nak masuk kelas EARLY BIRD.... Walaupun aku ni Pemalas tapi aku tetap ambil kertas yang cikgu sediakan untuk kelas tu, ambil je buat tak kalau tak dipaksa... ehehehe.... Perjalanan aku ke sekolah 15 minit kalau bawa motor 100km/j, 10 minit kalau 120 atau 140km/j korang  agak2 aku yang mana golongan 1 ke golongan 2.... Tengok keadaan lah kalau aku rasa aku lewat aku masuk golongan yang kedua kalau aku rasa aku awal aku layan lah bawa motor tu sambil menghirup udara segar di pagi hari ,,,, hehehe


Hari tu banyak sangat terlintas aku terlintas nak tulis dekat blog aku tapi bila nak menaip ni habis hilang segala idea tuh, ni yang aku benggang hehehe.... Cikgu aku cakap kalau terlintas apa yang kita nak buat terus catat kalau jenis cepat lupa macam aku nieh... k la papai....


psstt///....... *aku memang pemalas nak update blog(tu sebab yang sebenar-benarnya.. hehehe)

rasa tertipu tak....


Written by:Zieyla Aarif