How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 25 Februari 2013

HIDUP

Assalamualaikum.... hai....


Kita hidup ni tak pernah sunyi dengan dugaan dan masalah kan.?? Tetapi semua itulah yang mengajar kita erti kehidupan sebenar. Sedih, marah, air mata, perit, tawar, pahit kehidupan adalah datang dari situ. Ia mengajar kita erti kehidupan, memberi pengalaman hidup untuk kita guna di masa hadapan. PENGALAMAN adalah sesuatu yang sangat berharga untuk kita dimasa hadapan.


CINTA....??? Cinta selalu menjadi bayangan bagi manusia yang sentiasa mengekori manusia walaupun dimana manusia itu berada. Pendapat tentang cinta setiap orang berbeza-beza. Ada kata bahagia, ada kata penuh dengan kedukaan, ada kata mencipta keindahan hidup, ada juga yang kata memberi kesengsaraan. Macam-macam pendapat kan..


Macam-macam kisah dah aku dengar dari orang di sekeliling aku ni berkenaan dengan cinta. Kenapa nak menafikan andai perhubungna cinta terputus ditengah jalan, ingat ALLAH SWT ada. DIA telah tetapkan siapa jodoh kita. Tak tahu siapa jodoh kita, tak tahu nak buat pilihan jangan pilih secara melulu jangan jadi buta hati. ALLAH SWT ada, buat solat ISTIKARAH doa biar di beri petunjuk. Apa yang terbaik apa yang tak.


Memang orang kata bercakap itu senang yang merasai itu yang perit tapi andai difikirkan balik buat apa kita nak meratapi sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang tak memberi keuntungan pun dalam hidup kita. Aku, aku juga pernah merasai kesakitan CINTA, tapi bila aku renungkan balik buat apa aku nak meratapi semua itu, menangis?? menjadi hamba pada air mata. Kita kena kuat untuk hadapi dugaan dalam hidup ini. Cinta memang kuat penangannya. Ada yang berjaya tinggi melangit kerana CINTA ada yang jatuh tersungkur mencium bumi kerana C.I.N.T.A....



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Berkulat Dah Blog Aku

Assalamualaikum.... Hai....



Woiiii........ Dah bersawang, berkulat, berr macam berr lagi lah blog aku ni... Dah 2 bulan lebih aku tak update blog. Tapi aku ada sebab dan alasan yang kukuh kenapa blog aku tak di'upadate' dalam masa yang lama. Salah satu sebab aku kerja sekarang, sebab kedua aku tiada kemudahan internet dekat KL, maklumlah aku mana ada laptop sendiri. Nasiblah kan...



Aku tak tahu nak update apa nieh.. Otak beku maklumlah tengah malam. Esok malam aku dah naik KL balik dah, aku balik cuti 3hari je dekat kampung. Aku sekarang kerja dekat KL sebagai Kerani Data Entry. Entah nak tulis apa lagi. Tak de idea yang bernas... hurm.... k arrr..... Ini saja lah untuk kali ini.... Lagi 2 bulan aku update lak...hakhak...




Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)