How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 28 Januari 2014

Cintaku Kembali


Dia kembali lagi dalam hidup aku. Untuk apa?? Tapi sebenarnya hati aku ini tak pernah melupakan dia, tak pernah melupakan detik bersama dengan dia suatu ketika dahulu. Adakah aku memang dicipta untuk menjadi tulang rusuk kiri dia?? Setelah sekian lama dia menyepi kini dia kembali menyemai benih cinta yang telah layu. Tiada ku sangka yang dia akan kembali. Tetapi aku sangat bahagia dengan kehadiran dia. Kerana hanya hadirnya dia dalam hari-hari ku yang membuat senyuman aku terukir di bibir. Aku harap dia betul-betul kembali untuk aku. Aku sayang dia. Tapi aku tak boleh terlalu mengharap dan menyimpan harapan yang terlalu tinggi terhadap dia kerana jodoh itu ketentuan Allah SWT. Aku harap dia tak kan pergi lagi dalam hidup aku untuk kedua kalinya..... InsyaAllah... Amin......


Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Jumaat, 17 Januari 2014

I'M BACK


Assalamualaikum....


Setelah sekian lama aku tidak berblogger hari ini 17 Januari 2014 hati aku rasa nak berblogger balik. Apa yang menyebabkan aku lama menyepi dari dunia blog ni aku pun tiada jawapan untuk itu. Mybe sebab sibuk belajar ataupun sememangnya aku ni PEMALAS.... Banyak perkara berlaku dalam hidup aku selama aku diam menyepi, lama juga aku menyepi dekat setahun blog aku terbiar tanpa bertuan dan juga mungkin tidak berpenghuni. Hari ini aku kembali, dan aku harap aku tidak menyepi lagi. Akan aku update blog ni dengan kerap sekali. Harap-harap lah kan....  (macam bahasa pujangga je ayat2 aku ni)



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)