How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Sabtu, 24 Januari 2015

Sakitnya Disini

Assalamualaikum...

5 Tahun nak masuk 6 tahun aku menanti sesuatu yang tak pasti, menanti seseorang yang tak mungkin aku miliki. Sakit dihati hanya Allah SWT yang tahu. Kau muncul kembali memberi  aku harapan yang selama ini kelam, tetapi tanpa aku sedar sebenarnya kau datang memberikan jawapan untuk setiap detik penantian aku selama ini. Baru aku sedar yang selama ini aku hanya melakukan perkara yang sia-sia. Disaat ini aku sedar yang aku bukan untuk mu. Kau ada dia dihatimu sedangkan kau ada dihatiku selama ini. Pelbagai cara aku buat untuk menyedarkan kau betapa aku mencintai kau, tapi kau tak pernah sedar bahkan kau memilih dia menjadi suri dihati kau. Aku masih setia menanti disini , disuatu sudut yang gelap gelita berharap kau datang membawa cahaya. Kalau dia mengkhianati kau atau melukakan hati kau, kau datanglah cari aku disudut gelap ini. Akan aku rawat  luka kau itu, bila kau sembuh aku relakan kau pergi  walaupun  aku yang terluka. Aku relakan kau pergi mencari kebahagiaan kau diluar sana. Aku tahu kau tak bahagia bersama aku.  Aku dah lali dengan kesakitan luka dihati , hati aku sudah lumat dimamah luka  sehingga bila dilukai lagi sudah tiada bekas tertinggal.  Sakit ini, perit ini, sudah menjadi asam garam dalam hidup aku. Sehingga ada yang datang ingin merawat aku menolak sebelum sempat mereka memperkenalkan diri. Maaf hati aku masih belum terbuka untuk insan lain selain kau.. Tapi aku berharap akan datang sang jejaka yang mampu merubah hati aku ini...


Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)