How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 26 Julai 2010

h4rI kOkURiKulum di Sek.Men.Keb.Kuala Krai Kelantan.



Pada tanggal 25/7/2010 sekolah aku mengadakan sambutan hari kokurikulum. Aku happy giler haritu sampai bangun awal dari hari lain, tapi yang menyedihkan motor aku rosak jadi tak boleh nak pergi dengan motor aku sendiri terpaksa la aku pinjam motor mak aku. Aku pergi awal sikit dari orang lain sebab aku kena berhenti kedai kakak aku nak tinggal motor dekat situ, yela mak aku pun satu nak pinjam motor dia kena ikut syarat dia kata tak boleh bawak motor yang baru2 kat sekolah nanti dikebas orang. Jadi aku terpaksa lah suruh kawan aku singgah ambil aku dekat depan kedai kakak aku nie. Aku saja jew malas nak berjalan padahal dekat je dengan sekolah.





Sesampai je di sekolah tu kami semua diberi arahan agar berkumpul di tapak perhimpunan untuk menanda kehadiran dan membuat majlis perasmian permulaan hari ko ni. Sambil mendengar ayahanda kami berucap di hadapan ada jugak yang kena marah dekat cikgu sebab pakai selipar CROCS, adoi kesian dekat diaorang nasib baik aku tak pakai lagi masa ni aku bawak tapi aku letak dalam beg tunggu majlis perasmian habis dulu. Tu la nak style kena ada taktik bro!!.




Lepas majlis perasmian bersurai kira2 jam 8.45 a.m kami membawa haluan masing2 ada yang pergi melawat tempat pameran dan ada jugak yang pergi ke padang untuk melihat/membeli di gerai jualan yang disediakan. Lebih kurang 50 gerai jualan yang ada macam2 ada, aku dan geng2 aku pergi ke padang sebab semua rakan aku ni merungut kata mereka, mereka lapar sebab tak makan apa2 lagi pagi ni. Tanpa banyak cakap kami pun pergila ke gerai jualan yang menjadi pilihan masing2. Aku jadi pening sebab tak tahu nak pilih makanan yang mana nak makan korang bayangkan gerai jualan ada 50 semuanya gerai yang jual makanan lebih kurang 35 buah aduh banyak tu. Pening2.









Pada hari yang sama jugak ada perlawanan futsal antara kelas yang melibatkan pelajar tingkatan tiga. Aku ni memang minat bola, jadi aku tak lepaskan peluang untuk melihat kawan2 sekelas aku bermain. Kelas aku berjaya mendapat tempat ke-3 je, tempat pertama dimenangi oleh kelas 3 Ikhlas, ke-2 3 Ceria, ke-3 3Ehsan dan ke-4 kelas 3 Adil.



Malas la aku nak taip panjang2, kalau ikutkan banyak lagi aktiviti yang diadakan. Aktiviti yang paling best ialah persembahan ular yang diadakan pada 26/7/2010. Lupa aku nak bagitau hari ko ni 2 hari 25 dan 26. Persembahan ular ni memang dinanti-nantikan oleh pelajar, pada mulanya kalau nak tengok kena bagi tiket dulu tiketnya harga RM1.00 je. Tapi disebabkan sambutan begitu meriah ramai pelajar yang ingin menyaksikanya cikgu dengan rela hati membuka plastik yang dilinkungkan itu. Ada beberapa orang pelajar lelaki dengan beraninya mencium ular di khalayak ramai. Aku sentuh ular pun tak pernah ni kan nak cium, eeeiii geli aku. Ular kalau kecil tak pe la tapi ular dia besar kalau tak percaya tengok la gambar tu sendiri.

Majlis penutup dirasmikan oleh ayahanda kami iaitu Tuan Hj. Mohd Amin bin Awang pada jam 12.00 tengahari di dewan sekolah. Majlis perasmian penutup berjalan serentak dengan majlis penyampai hadiah kepada pemenang2 yang menyertai pertandingan yang diadakan antara pertandingan yang diadakan ialah catur, congkak, batu seremban, melukis poster hari ko, mencipta logo koperasi, gubahan, demonstrasi canting batik, memasak, rekacipta, indoor games, pidato, menulis esei bm/bi, deklamasi sajak, membaca syair kuiz matematik dan sains dan banyak lagi. Sekian terima kasih.


Sabtu, 24 Julai 2010

-_-aBOut mE...-_-









Nama aq Nor Azila Bt Mohamad Aarif aku dilahirkan di hospital besar Kuala Krai. Mendapat pendidikan awal disekolah TABIKA KEMAS, pahtu ke Sek.Keb.Chenulang sampai darjah 6. Result exam UPSR aq mmg truk coz kuat main2 kt hostel aq hnya m'dpat 1A 3B 1C

truk giler.... Mak aq mrah gila.... Tapi nak buat mcm mne bende dah berlaku terpaksa terima la.... Berbalik kpd kisah aq... Phtu aku melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Keb.Kuala Krai dan aq msih di situ.... Skrang nie form 3 thun nie exam aq akan brusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat result yang elok msa exam bln MEI aq dpat 4C 4D aduh truk phtu exam blan JUN bru-bru nie aq dpat 2B 3C 2D 1E, aq gagal satu subjek iaitu subjek sejarah nie lah aq paling lemah boring la nak hafal nota2 dyew....1 haribula Ogos nie aq trial aq harap aq akan dapat lebih baik dari yang ini.... Aq nk buktikan kpada semua orang yang aku juga boleh berjaya..... Aq nie mempunyai bentuk badan yang besar ckit di kalangan kawan2 aq, aq lah yang paling besar.... Aq tak peduli apa orang nak ckap dkat aku.... Orang nak mengata dekat aq katalah aku tak peduli pun diorang nak ckap aq besar ke ape ke itu diorang punye hal, diorang mengata pahala dapat dkat aq, free2 blh phala.... Aq paling benci orang yang pentingkan diri sendiri, suka mengata dekat orang lain padahal dyew pun tak lah sempurna sgat, ckap tak serupa bikin, mungkir janji, perasan best pahtu yang aq paling benci tak reti nk duduk diam lau ad majlis ape2 mlut tu x henti2 bercakap.....k la stakat nie je la ksah hdup aq, x de yang istimewa pom...






Written by:Zieyla Aarif
Dahulu

Mengenalimu adalah satu keindahan,
Mendekatimu adalah satu kepayahan,
Merinduimu adalah satu penyeksaan,
Menghargaimu adalah satu kewajipan,
Melupakanmu TAK MUNGKIN KUlakukan...

Written by:Zieyla Aarif

Rabu, 21 Julai 2010

Isnin, 12 Julai 2010

Sinar disebalik senyumanmu

Ku sedar siapa diri ini
Dimatamu mungkin hanya 
Sekadar seekor camar hitam
Yang terkapai-kapai menharapkan
Balasan Kasih sayang dari seorang
Insan yang bernama lelaki.

Aku ibarat seorang 
Pengemis di jalanan
Yang selalu menharapkan
Belasan kasih darimu.....

Kau ibarat sirna kebahagian 
yang menerangi hidupku yang dalam
Kegelapan malam tanpamu 
hidupku kelam tanpa cahaya......

Kau ibarat sinar cahaya yang
memberi kebahagian kepada ku
kau adalah segala-galanya bagiku....... 


Azila Aarif

Senyumanmu

Hanya dengan senyuman
Kau dapat meruntuhkan banjaran 
Cinta yang kupertahankan selama ini......

Hanya dengan senyuman kau 
Mampu membuat jiwaku tak tenteram
Dan membuatkan aku kaku tanpa 
sepatah kata.....

Senyumanmu membawa seribu
Kenangan yang tak dapat aku lupakan
Pandangan matamu ibarat panahan
Petir yang menikam ke kalbuku.....

Hanya dengan senyuman 
Kau dapat membuat aku tersenyum
Sepanjang hari.....

Senyumanmu mengambarkan
Kasih sayang dan cinta
yang mekar yang tiada
Penhujungnya.....


Written by:Zieyla Aarif




MEMORI 09


Kenangan masa tingkatan 2 Ehsan



Written by:Zieyla Aarif

Khamis, 8 Julai 2010

KEKASIH

Kekasih... aku bagai pasir pantai
yang terbaring lesu meniti hari
Menanti air laut membasahi 
Ketika mentari membakar dan 
mengeringkan tubuhku.

Aku bagaikan pasir pantai
Yang mengharapkan ombak
Mengerakkan dan mengalihkan 
tubuhku ke gigi air untuk
Mencari kedinginan.

Dimanakah engkau ketika aku
Terkapar kesunyian 
Dibalut rindu,
Didera luka yang amat dalam.

Kekasih... kaulah air dan ombak
yang sangat kudambakan
Hadirmu bagai embun yang 
Menyegarkan kelopak bungaan

Sang embun itu adalah cintamu
Yang sangat kuharapkan
Cinta ini bukan hanya mimpi
Manis yang mengkhayalkan.

Cinta ini adalah angin 
Yang meniupkan kebahagiaan
Jika waktu-waktu sepi turut
Menerjah ruang rahsiamu pergi lah namaku.

Kerana disitu ada cinta
Ada rindu yang amat
Mengharapkan belasan
Kasihmu...


Written by:Zieyla Aarif

Rabu, 7 Julai 2010

cinta ini membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku

Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku


Written by:Zieyla Aarif

cinta

cinta datang tak dipinta
cinta pergi tak direlakan
cinta ada yang bahagia
cinta juga ada yang menyakitkan

cinta boleh membuatkan manusia tergoda
tergoda dengan hasutan syaitan
yang boleh membawa kepada maksiat
cinta bukan untuk nafsu tapi cinta
adalah perasaan yang agung kurniaan tuhan

cinta boleh membuatkan manusia terpesona
terpesona dengan kasih sayang yang diberikan
tapi janganlah kita lalai dengan semua itu
ia boleh membawa keburukan....


Written by:Zieyla Aarif

Sabtu, 3 Julai 2010

GURU KAU IDOLA HATIKU





Guru kaulah idola hatiku
Setiap jejak mu akan aku turuti
Tanpa engkau siapalah aku
Mungkin hanya sekadar sebutir pasir
yang tiada nilainya…

Guru kaulah penbimbing  diriku
Setiap apa yang diajari
Akan aku turuti
Dengan sejujur-jujurnya…

Guru  engkau ibarat pelita
Yang menerangi hidupku
Engkau tidak pernah
Merasa jemu melayan
Kerenah para pelajar mu itu…

Guru engkau seorang yang
Tabah dan sabar menharungi
Segala dugaan yang menimpa
Semasa mencurahkan ilmu mu itu…



Guru Kasihmu ku anggap ombak
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guru budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guru jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan
ampun ku pohonka

MENULIS SAJAK BAGI KATEGORI MENENGAH RENDAH PADA HARI GURU BERJAYA MEMDAPAT TEMPAT KE-2........
 


Written by:Zieyla Aarif