Sekarang nie g-la
tengah mengumpul novel, g-la mmg mnat baca novel memang sejak dulu lagi, g-la
mula baca novel masa umur g-la 11tahun nak masuk 12tahun gitu la. Novel first
yang g-la baca ialah novel CINTA PERTAMA ntah btul kew x?? g-la x berapa ingat.
Antara novel yang g-la beli yang paling best ialah novel MASIH SETIA-AISYA
SOFEA memang best siot! ROMANTIK giler… kalau nak tunjuk novel yang pernah g-la
baca susah kit coz banyak sangat. Cerita pasal novel nie g-la teringat dekat
kawan g-la Nabila namanya dia nie memang suka kumpul novel sampai tak makan pun
tak pew sebab tu tubuh dia macam papan jew, balik pada crita asal,
novel dia nie memang banyak sebelum nie g-la selalu pinjam novel dia punyer
sekarang pun masih meminjam sebab novel dia banyak sangat. Tapi kan kesian
dekat dia novel dia dah banyak yang hilang coz bagi pinjam dekat orang yang tak
reti nak hargai barang orang pinjam tak hantar. Kesian.. Nanti g-la ada satu
hal nak gtau kwan2 nnti g-la update lain kali erk,,,,

MIERA – Gadis biasa yang hidup
serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani
kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah
dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!
Rudi – Lelaki terpilih yang
ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman
biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata,
percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa
hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan
membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan
menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling,
pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan
itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi
yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki
kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah
Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu
tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun
segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka
bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.
Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati
Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi.
Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang
mengejar cinta si bidadari.
Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi,
walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin
terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman,
biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.
Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini,
tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila
Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan
hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.

Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar
diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga
dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang
berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.
Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai
Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila
Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya
menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.
Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau
Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah
terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah
berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.
Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam
kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia
mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan
Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad
tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu
semula.
Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya
bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul
Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan
mereka.
Kau Untukku;
indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh
dan Jendela Hati.

I
ARGHHH! Khairina menjerit
kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.
“Menjerit sampai nak cair
tahi telinga aku,” rungut Along.
“Oit! Kau orang ingat benda
senang ke? Susahhh!” omel Khairina.
“Susah apa ke bendanya?
Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?” Mata Angah
membuntang.
II
“Nah ni gambar adik kami!”
Hakimi ambil gambar tu.
Aduhai!
“Oit! Tenung lama-lama
nampak,” Acik berdeham kecil.
Hakimi kembali ke alam
nyata. Dia tersengih seketika.
“Cantik adik kau orang ni
ya, adik betul ke adik angkat?” soal Hakimi.
III
Kenyataan berani mati yang
diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat
selamba badak. Padahal jantung dia macam nak terjatuh keluar; melompat-lompat
macam katak.
http://aziepeaceazilaaarif.blogspot.com/