How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 24 Januari 2011

bICARa hATi pARt 1

pPada hari itu tanpa diduga seseorang telah menghantar SMS dekat aku,
perbualan kami dibawah :

h : awk spe?
z : aik!! awk yg send msj dkat sy dlu .

Pahtu bla2 aku malas nak taip . Disini baru bermula bicara hati kami.

z(aku)
h(insan misteri)

Z : Kadang-kadang sebuah perkenalan membawa kebahagian.

H : Sebelum kebahagian itu menjadi sebuah penderitaan yang mana amat menyakitkan hati, rasanya perkenalan tak diperlukan. Kalau saya kata benci dengan perkenalan biarlah orang kata apa. Selagi penderitaan dalam diri ini tak hilang tak akan dipercaya pada sebuah perkenalan.


                                                                      
Z : Tak perlu babitkan masa silam dengan sebuah perkenalan yang baru nak dibina, disebabkan dia awak tak nak menerima kehadiran kawan baru dalam hidup awak, awak memang bodoh kalau awak beranggapan begitu. Mungkin dia bukan tercipta untuk awak, "berkawan biar seribu berkasih biar satu". Saya tahu memang sakit bila kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang dan lagi sakit bila dia menduakan kita. Sungguh sakit, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk awak menolak kehadiran kawan baru dalam hidup awak.


                                                                        
H : Ianya tak dianggap masa silam tapi sebuah perkenalan yang telah lama terbina dan mungkin tak kan dilupakan di hati ini. Bukan disebabkan dia saya tak nak menerima kehadiran kawan baru dalam hidup saya tapi kerana janji yang belum ditunaikan. Biarlah andainya diri ini dianggap bodoh tapi jangan janji dikhianati. Jika dia bukan tercipta untuk saya, saya tak mampu mengubahnya. "Berkawan biar seribu berkasih biar satu", hanya kata-kata yang menipu hati. Jika awak tahu memang sakit bila kia ditinggalkan oleh orang yang kita sayang dan lagi sakit bila dia menduakan kita, sungguh sakit. Tapi awak tak rasa kekecewaan pada diri sendiri. Tapi saya benci pada perkenalan kerana takut akan janji yang mungkin tak mampu saya tunaikan. Cukup adanya ia dihati ini selamanya.

Z : Buat apa nak tunaikan janji yang telah dijanjikan dengan orang yang telah meninggalkan kita. Jangan disebabkan dia awak jadi pemurung sepanjang hidup awak. Mungkin pabila awak tidak lagi bersama dengannya ia lebih baik kerana mungkin juga bila dia tidak bersama dengan awak baru dia dapat merasai kebahagian bersama insan lain.
                                                        
H : Saya rela hidup murung selamanya. Takkan saya mungkiri janji saya. Saya relakan dia pergi kerana saya merasa saya tak layak untuknya. Tapi saya tak rela terima yang lain dalam hidup saya. Hanya dia dihati ini selama-lamanya.

Z : Susah nak sedarkan awak dari terus bergeluman dengan memori semalam. Awak memang berhati batu,

Letih aku nak layan mamat jiwang nie. Perempuan mana la yang buat mamat nie jadi macam nie kejam sungguh. Kesian aku dengar cerita mamat nie, tapi mamat nie memang misteri.

                                      

Written: MissZack@ZieylaAarif

Tiada ulasan: