How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 28 Januari 2014

Cintaku Kembali


Dia kembali lagi dalam hidup aku. Untuk apa?? Tapi sebenarnya hati aku ini tak pernah melupakan dia, tak pernah melupakan detik bersama dengan dia suatu ketika dahulu. Adakah aku memang dicipta untuk menjadi tulang rusuk kiri dia?? Setelah sekian lama dia menyepi kini dia kembali menyemai benih cinta yang telah layu. Tiada ku sangka yang dia akan kembali. Tetapi aku sangat bahagia dengan kehadiran dia. Kerana hanya hadirnya dia dalam hari-hari ku yang membuat senyuman aku terukir di bibir. Aku harap dia betul-betul kembali untuk aku. Aku sayang dia. Tapi aku tak boleh terlalu mengharap dan menyimpan harapan yang terlalu tinggi terhadap dia kerana jodoh itu ketentuan Allah SWT. Aku harap dia tak kan pergi lagi dalam hidup aku untuk kedua kalinya..... InsyaAllah... Amin......


Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)