How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 23 Januari 2012

Jadi tauke jap

Assalamualaikum.... hai....



OK.... Disebabkan hari ni masa aku terluang banyak sampai nak melimpah ruah keluar dan nak masuk dalam masa orang sekeliling aku ni aku dengan senang hatinya nak meluangkan masa aku yang dah nak melimpah tu untuk menulis entry dekat blog cacar marba aku ni .... hehe... Semalam sedang asyik aku dok baca novel MY LOVE- PLAYGIRL tiba-tiba henset aku mengeluarkan bunyi beeeppp!!!!!!! menandakan ada mesej yang masuk hish!!! aku yang tengah dok syok layan novel ni ada je yang nak menganggu.


Dengan  kudrat yang masih bersisa aku cuba  mengapai tangan untuk mengambil henset aku ditepi bantal tapi tak berdaya, hehe... Aku rehat jap ambik nafas sambil meneruskan bacaan aku dalam 15 minit kemudian aku kembali tersedar kedunia yang nyata dari terus berkhayal dengan dunia ciptaan penulis SITI NUR DHUHA aku cuba sekali lagi untuk mengapai henset c2-03 aku dan kali ni aku berjaya mengapai henset aku yang hitam menawan aku gagahkan diri untuk membuka mesej yang diterima 15minit lalu. Mesej yang terbiar tanpa perhatian dari tuan punya henset selama 15minit ialah mesej dari abang ipar aku(abg ngah).


Aku baca mesej tu, mesej tu mengatakan esok(hari ni) aku tak boleh berguling-guling atas katil aku dalam jangka yang panjang sebab esok aku ditugaskan menjaga Cyber Cafe kakak dan abang ipar aku. Abg ngah aku ada kerja dekat Ketereh jadi aku la yang akan menganti tempat duduk tauke FAIDA RESOURCES esok harinya, dan disebabkan itu juga aku dapat menulis entry dekat blog aku ni kalau tak datang kat sini aku nak bukak internet macam mana aku bukanya punya laptop sendiri masih belum tiba waktu untuk aku memiliki benda alah ni tunggu habis SPM dulu.


Pagi tadi aku bangun lewat sikit sebab aku ABC jadi tak perlu nak merugikan masa aku bangun awal dan mengorbankan waktu tidur aku ni yang jarang2 dapat tidur lebih2 melainkan pada hari cuti sekolah aku manfaatkan masa tidur aku dengan betul2 agar aku tak rugi walau sesaat pun, HEHE... Aku bangun dan pergi basuh muka dan berkumur sebanyak 3kali tanpa mengosok gigi aku pergi ke meja makan dan mengambil sebungkus nasi lemak yang ma aku beli awal pagi tadi dan memakannya dengan berselera tanpa mempedulikan pandangan dan rayuan si Comot dan si Sally dikaki aku. Perbuatan kucing peliharaan keluarga aku tu menunjukkan ma aku tak bagi diorang makan lagi pagi ni, tapi aku apa peduli perut aku yang penting. KEJAM kau g-la.... Ada aku kisah.... HUARGH2!!!!(gelak jahat)


Aku janji dengan abg ngah nak pergi ke kedai dia pukul 11pagi tapi pukul 11pagi aku baru siap mandi, hehe pukul 11.30 aku sampai dekat kedai dengan menaiki motor honda wave 125 aku dengan kelajuan 80-100 km/j tu kira dah slow. Dan sekarang jam 4.09pm aku dengan kesabaran yang masih bersisa dan cuba untuk menahan mata kau dari terpejam terus sebab sekarang ni aku tengah mengantu gilerrr!!!!! Dan untuk mengurangkan rasa mengantuk aku rembat satu tin  air Sarsi F&N dalam peti kat depan pintu masuk kedai aku(menjadi hak milik aku sementara tuannya takde)


Panjangnya entry aku hari ni, yela masa banyak terluang kan baik aku manfaatkan masa tu dengan melakukan perkara yang berfaedah sikit hehe, walaupun kerja sekolah yang menimbun tu aku belum siapkan. OK setakat ni saja entry aku kali ni kalau panjang lagi ntah apa lah aku merepek.


Written by:Zieyla Aarif