How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 17 Januari 2012

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum... hye...

Lama nya aku tak menulis entry dekat blog ni nak buat macam mana keinginan nak menulis blog ni membuak-buak macam kek terlebih serbuk penaik, hehe tapi masa yang tak mengizinkan aku untuk menulis ni. Masa sebenarnya cemburu dekat aku hehe (mengarut je aku ni) sekolah dah start tahun ni exam tak sama macam form 4 dulu tahun ni cikgu tak bagi aku rilex langsung kerja sekolah menimbun macam nasi yang aku makan tadi kahkah. Entry kali ni aku nak cerita tentang photoshop(ps). Software ps cs3 ni dari tahun lepas lagi ada dalam pc  aku tapi aku tak reti nak guna benda alah ni.

Aku ada gak tanya kawan aku pasal ps ni dia memang pro la guna benda tu tapi yela orang bukan senang2 nak bagi ilmu dekat kita kan tak macam aku hehe(perasan), jadi masuk tahun baru ni aku try cari lam youtube macam mana nak guna ps ni, makkk aiii.... macam2 dia ajar kenapa lah aku tak terfikir sebelum ni erk... huhu... Aku belajar benda ni saja2 je nak edit gambar aku yela tengok orang lain gambar diorang cut cantik2 aku pun nak cut gambar gak... hehe... ok setakat ni saja entry aku untuk kali ni. 'Masa' tengah pegang batang penyapuh nak pukul aku suruh aku pergi study, buku pulak tengah melambai-lambai memanggil aku pergi mengadap dia,  segala alat tulis sedang menarik-narik baju aku agar tinggalkan meja pc dan pergi ke meja study(cehh perumpamaan yang melampau) hehe ... kat bawah ni antara gambar yang aku dah edit guna ps ni.









Written by:Zieyla Aarif