How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Khamis, 2 Februari 2012

Medal punye pasal

Assalamualaikum, Hai....


Lama nye rasa tak update blog harap masukkan video je tu pun kejap je. Rindu dekat keyboard ni hehe, sebenarnya dah 3hari aku tak main internet sebab apa, sebab aku balik rumah ma aku. Korang faham2 la kalau aku dekat kampung macam mana no fb, no blog and no internet(ni yg penting xde ni xde la semuanya).


Semalam(rabu) sekolah aku buat acara merentas desa, setiap tahun mesti ada acara ni, tahun ni yang ke-21. Aku sebenarnya tak nak lari sebab aku jadi pc(pertolongan cemas) bagi unit ko, tapi cikgu mokhtar(cikgu pj aku) tak bagi sebab dia suruh aku masuk acara merentas desa bagi kategori khas(yang berbadan sihat) hehehe.... Faham2 sendiri la. Jadi terpaksa la aku korbankan air didalam badan aku yang keluar sebagai peluh untuk menyertai acara ni.


Antara kategori yang ada ialah lelaki bawah 18(15 medal), perempuan bawah 18(15 medal), lelaki bawah 15(15 medal), perempuan bawah 15(15 medal), lelaki kategori khas(10 medal) dan perempuan kategori khas(10 medal). Aku dalam kategori perempuan kategori khas la, you all tahu tak aku dapat nombor aku haish!! malu la nak cakap.... hehe.


Nasib dapat nombor jugak kalau tak aku pengsan dekat situ gak korang pandai2 la angkat aku yang 'ringgan' ni, hehehe.... Aku dapat nombor 10 derrr.... Nombor last tau Ekah dapat nombor 9 sebab kami lari sama2(lari ke?? lebih kepada berjalan je) huhuhu... Aku bagi dekat Ekah pergi dulu masa dekat garisan penamat, demi kawan kan.


Aku tak kisah asal aku dapat jugak medal tu tak kira la nombor berapa pun, jangan jadi macam tahun lepas sudah aku tak sempat nak dapat nombor sebab aku tersekat dekat lumpur memang bersusun dekat situ pelajar bukan sikit ramai siot... Pelajar sekolah aku dalam 1500 yang menyertai mungkin dalam 1200 kot angaran je.


Tapi Ekah dapat pergi dulu dan dia berjaya dapat nombor 8 dan aku tak dapat, sedih jugak la rasa macam sia2 je. But tahun ni aku dapat jugak medal tu tak kira la nombor berapa pun. Aku nak tambahkan koleksi medal aku kat rumah tu.


Letih tu tak payah nak cakap memang letih gilerr..... Masa pertengahan jalan tu pinggan aku tiba-tiba sakit Ya Allah memang perit la nak jalan pun susah aku tahan je sebab nak berhenti takut orang lain potong aku jalan slow2 nasib ada Ekah kasi semangat aku teruskan jalan lepas jambatan tu sakit dah kurang aku cuba lari sikit rasa sakit tu menyerang balik.


Ekah suruh jalan je aku turuti apa yang dia suruh, dahaga tu memang tahap kritikal dah tekak rasa kering sangat air tak bawa, nasibla. Memang rasa nak berhenti je lari tu tapi tak boleh aku nak jugak medal tu, hehe bersemangat waja. Jalan yang kami lalui memang sukar sebab berlumpur tapi tak seteruk tahun lepas, tahun kira okey sikit.


Dan sekarang ni habis satu badan aku sakit, yang paling ketara dekat paha aku, mesti ambil masa dalam seminggu nak sembuh ni. Nasib aku la.




Ok setakat ni je entry aku untuk kali ni. Letih la nak menaip panjang2. Korang pun dah boring kan nak baca entry yang long2 ni, hehehe..... Kat bawah ada gambar yang aku ambil dan yang Fan Page sekolah aku masukkan dalam fb(SMK KUALA KRAI)....













Written by:Zieyla Aarif