How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Ahad, 5 Februari 2012

Ketentuan Takdir


Assalamualaikum, hai....



Sekarang ni aku nak cerita pasal ujian yang Allah bagi dekat aku. Benda yang tak pernah aku sangka terjadi pada aku waktu tu, memang perit waktu tu macam-macam terlintas di fikiran aku kenapa aku? bukan orang lain, mengapa ia berlaku pada aku? apa salah aku dan banyak lagi tapi setelah aku menungkan, aku imbas balik  dan aku fikirkan balik Allah turunkan ujian ni kepada aku sebab aku boleh menghadapinya.



Sebab aku percaya Allah takkan beri ujian kepada mereka yang tidak mampu nak menghadapinya, bukan aku nak perasan yang aku dapat hadapi ujian tu dengan jayanya sekurang-kurangnya aku tabah dan aku terima ketentuan takdir dan sekarang aku masih boleh teruskan hidup seperti sediakala. Masa mula-mula benda tu berlaku hidup aku tak tentu arah(jiwa kacau), aku rasa macam semua impian yang pernah aku impikan dah musnah dan cita-cita aku memang akan bertukar secara automatiknya.



Aku selalu meratapi nasib aku sepertinya diri aku ini tidak dapat menerima kenyataan yang sudah terbentang di depan mata dan memang aku kena hadapinya kerana masa takkan dapat diundur lagi. Aku rasa semangat untuk aku terus hidup dan menghadapi orang disekeliling aku ni senipis kulit bawang aku menangis bila kenangkan perkara tu hidup aku waktu tu hanya bertemankan air mata.



Aku tak hiraukan orang disekeliling aku orang bagi nasihat aku hanya angguk-anggukkan kepala tanpa perasaan. Aku rasa apa yang telah aku usahakan dulu hanya sia-sia kerana hasilnya hanya sebentar sahaja yang dapat aku rasa. Aku rasa malu nak menghadapi orang sekeliling aku, aku selalu fikir yang mereka akan mengejek aku sebab diri aku dah kembali seperti dulu tiada lagi kemegahan dalam diri aku, tapi pada hakikatnya tidak itu hanya mainan perasaan aku sahaja.



Mungkin aku lupa diri waktu tu bila kesenangan yang Allah bagi dekat aku dan aku tak pandai memanfaatkannya dengan betul dan tidak bersyukur dengan apa yang DIA kurniakan kepada aku. Waktu tu aku salahkan 2 orang makhluk Allah dan bila aku fikirkan balik kenapa aku nak salahkan mereka kalau semua yang berlaku ni memang ujian Allah untuk aku.



Dan sekarang rasa bersalah sering mencengkam jiwa aku, aku nak mintak maaf tapi aku malu. Seorang dari mereka pernah menangis didepan aku dan dia menangis disebabkan oleh kata-kata aku dia pohon maaf dari aku tapi apa aku buat??? Aku tengking dia, aku herdik dia.... Ya Allah aku sangat menyesal dengan apa yang telah aku lakukan pada dia, masa dia menangis apa yang aku cakap??? "Kau tak payah nangis la, airmata kau tu tak kan dapat membayar apa yang telah kau buat dekat aku!!! Ya Allah egonya aku waktu itu, bongkaknya aku masa itu, sombongnya aku saat itu.



Kenapa saat itu aku tak terfikir tentang qada dan qadar, tentang ketentuan Allah, tentang ada hikmah disebalik kejadian kenapa?!!!. Sekarang baru aku tahu kenapa?? sebab aku terpengaruh dengan bisikan syaitan aku tak dapat kawal kemarahan aku, aku tunduk dengan hasutan syaitan.



Sekarang baru aku sedar yang setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin tanpa ujian ini aku masih hanyut dengan kehidupan aku dulu yang hanya memikirkan keduniaan, keseronokan dan kemegahan kerana berada tinggi dari orang lain.



Dan sekarang aku bersyukur sebab aku dapat menghadapi ujian itu walaupun kadang-kadang ia datang melintasi minda aku tapi aku dapat menhindarnya agar tidak terus bertapa di minda aku. Aku teruskan hidup seperti sediakala dan ujian tu telah membuka mata, hati dan minda aku untuk menghargai apa yang Allah kurniakan kepada aku dan menerima ujian-NYA tanpa mengeluh dan menyalahi orang disekeliling aku. Aku redha dengan ikhlas....







Written by:Zieyla Aarif