How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Ahad, 3 Jun 2012

Cinta Monyet

Assalamualaikum.... Hai2....


Wah hari ni aku ada masa terluang sikit nak luangkan untuk belog kesayangan aku ni(syg ke? blh la..hehe). Hari ni aku ditugaskan jaga kedai kak ngah aku sebab diorang nak pergi kenduri kendara ni hehe. Biasalah sekarang ni kan cuti sekolah ramai la orang yang nak membina masjid kalau buat masa tak cuti kan kurang pula orang yang datang, ntah2 tetamu yang tak dijemput je yang datang seperti  si kambing, biri-biri dan lembu je yang datang.. Yela manusia-manusia tengah busy dengan study dan kerja kan...


Hari ni aku nak cerita tentang cinta monyet dan menyumbangkan pendapat aku mengapa cinta itu monyet ehhh!! silap mengapa cinta monyet itu cuma sekejap sahaja... Aku ramai kawan-kawan dan dari semua kawan aku tu separuh atau lebih dari mereka tu mempunyai kekasih hati, walaupun umur baru setahun jagung. Umur baru 12 tahun dah nak berpacaran segala. ish3.. Aku ingat lagi waktu aku darjah 6 dan aku tinggal di hostel dah ada diantara kawan aku ni yang mula berjinak-jinak dengan dunia percintaan ni. ish3 budak zaman sekarang kan.. he3


Dan sekarang aku berumur 17 tahun hah masa ni tak payah cakap boleh dikatakan semua kawan-kawan aku ada kekasih, bukan setakat seorang je tapi ada yang pasang sampai 4 atau 5 dalam satu masa, bayangkan berapa ramai bekas kekasih hati diorang sampai diorang nak kahwin nanti. Jumpa dekat shopping complex "ehh bekas pakwe/makwe aku la", jumpa yang lain pulak dekat pasar malam ke pasar basah ke, pasar kering ke "alah dia tu pernah jadi kekasih aku la, jumpa dekat majlis kahwin dengan yang lain pulak "alah laki/isteri dia tu ex-bf/gf aku. Wah banyak betul kan kebetulan yang terjadi dan kebetulan itu yang telah kita cipta sendiri pada masa dahulu.



Nak tahu tak kenapa cinta monyet bagi remaja-remaja ni hanya sekejap. Ni adalah antara sebab-sebabnya:-

*baru kenal tak sampai sehari dah ajak couple
*baru tahu nama je dah terima orang ajak couple 
*baru chatting 2, 3 jam dah jadi kekasih dah
*tak fikir sebelum bertindak
*hanya memikirkan keseronokan 
*dan yang last mereka mengenal pasangan bukan sewaktu berkawan(sambung bawah panjang sangat


Tetapi setelah bercinta sebab apa, sebab tak sempat nak kenal yela baru kenal sehari dua dah couple, lepas couple baru tahu dia tu macam tu la, macam ni la, itu la, ini la dan macam-macam lagi yang tak dapat diterima tentang pasangan masing-masing. Lepas tahu perkara yang tak diingini ada pada diri pasangan mereka, mula lah nak clash padahal baru je couple seminggu.Itulah nak cakap cinta monyet ni hanya berlaku dikalangan remaja(awal remaja) saja kerana remaja masih belum dapat berfikir secara rasional. Bukan seperti di akhir peringkat keremajaan mereka dapat berfikir dengan matang dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara yang hendak dilakukan.


Okey sekian saja, hehehe.... itu pendapat aku la kan... Lain orang lain pendapat kan.... Aku dah nak balik rumah makbapak aku ni...dah abis kerja(kerja la sangat).... Papai...



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)