How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 25 Februari 2013

HIDUP

Assalamualaikum.... hai....


Kita hidup ni tak pernah sunyi dengan dugaan dan masalah kan.?? Tetapi semua itulah yang mengajar kita erti kehidupan sebenar. Sedih, marah, air mata, perit, tawar, pahit kehidupan adalah datang dari situ. Ia mengajar kita erti kehidupan, memberi pengalaman hidup untuk kita guna di masa hadapan. PENGALAMAN adalah sesuatu yang sangat berharga untuk kita dimasa hadapan.


CINTA....??? Cinta selalu menjadi bayangan bagi manusia yang sentiasa mengekori manusia walaupun dimana manusia itu berada. Pendapat tentang cinta setiap orang berbeza-beza. Ada kata bahagia, ada kata penuh dengan kedukaan, ada kata mencipta keindahan hidup, ada juga yang kata memberi kesengsaraan. Macam-macam pendapat kan..


Macam-macam kisah dah aku dengar dari orang di sekeliling aku ni berkenaan dengan cinta. Kenapa nak menafikan andai perhubungna cinta terputus ditengah jalan, ingat ALLAH SWT ada. DIA telah tetapkan siapa jodoh kita. Tak tahu siapa jodoh kita, tak tahu nak buat pilihan jangan pilih secara melulu jangan jadi buta hati. ALLAH SWT ada, buat solat ISTIKARAH doa biar di beri petunjuk. Apa yang terbaik apa yang tak.


Memang orang kata bercakap itu senang yang merasai itu yang perit tapi andai difikirkan balik buat apa kita nak meratapi sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang tak memberi keuntungan pun dalam hidup kita. Aku, aku juga pernah merasai kesakitan CINTA, tapi bila aku renungkan balik buat apa aku nak meratapi semua itu, menangis?? menjadi hamba pada air mata. Kita kena kuat untuk hadapi dugaan dalam hidup ini. Cinta memang kuat penangannya. Ada yang berjaya tinggi melangit kerana CINTA ada yang jatuh tersungkur mencium bumi kerana C.I.N.T.A....



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Berkulat Dah Blog Aku

Assalamualaikum.... Hai....



Woiiii........ Dah bersawang, berkulat, berr macam berr lagi lah blog aku ni... Dah 2 bulan lebih aku tak update blog. Tapi aku ada sebab dan alasan yang kukuh kenapa blog aku tak di'upadate' dalam masa yang lama. Salah satu sebab aku kerja sekarang, sebab kedua aku tiada kemudahan internet dekat KL, maklumlah aku mana ada laptop sendiri. Nasiblah kan...



Aku tak tahu nak update apa nieh.. Otak beku maklumlah tengah malam. Esok malam aku dah naik KL balik dah, aku balik cuti 3hari je dekat kampung. Aku sekarang kerja dekat KL sebagai Kerani Data Entry. Entah nak tulis apa lagi. Tak de idea yang bernas... hurm.... k arrr..... Ini saja lah untuk kali ini.... Lagi 2 bulan aku update lak...hakhak...




Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Sabtu, 8 Disember 2012

I'm free now

Assalamualaikum... Hai.....






WEH!!! Aku dah habis exam lah, tapi dah seminggu lebih lah.. I'm free now... AKU DAH BEBAS.. Aku lupa nak update blog lah weiii.... hehehe... Aku busy sekarang sedang mencari kerja yelah tak kan nak duduk kat rumah je membesarkan badan yang sememangnya dah besar ni.. hehe... Susah rupanya cari kerja aku baru terasa betapa peritnya menghadap mentari yang menyinar diatas kepala, betapa lenguhnya otot-otot kaki aku ni berjalan dan betapa  peningnya otak ni ketika berlegar-legar di bandar untuk mendapat satu pekerjaan yang halal dan tidak salah yang boleh buat si abang polis menangkap aku.. hehe....

Kawan aku ada bagitahu ada kerja kosong dekat Pejabat PTPTN DAMASARA tapi aku sedang memujuk kakak aku untuk memberi kebenaran kepada aku pergi ke Bandar Metropoliton itu, susah wei nak yakinkan dia... Aku ingat lagi masa aku masih bergelar pelajar sekolah kalau pergi bandar tak pernah pandang pun dekat pintu masuk satu-satu kedai tu nak tengok  takut ada jawatan kosong..

Tapi sekarang setiap kedai yang ada dekat Bandar Kuala Krai(bukan Lumpur okey,, hehe) aku intai aku tilik yela kalau tak tilik tak nampak sebab kebanyakkan majikan ni dia sengaja ke apa ntah letak label JAWATAN KOSONG tu kecil sangat... Hurm ... Memang sengaja memberi kesusahan kepada penganggur macam aku ni... Ehh!! jap...jap... Aku bukan penganggur kan sebab aku sedang menunggu keputusan SPM bukan nye dah dapat result kan... hehe... Aku tak suka orang panggil aku penganggur sebab aku bukan penganggur lagi kan... hihihi... Boring weh duduk dekat rumah, kerja aku sekarang:-

6.20pagi: bangun tidur, gosok gigi dan solat...
6.45pagi: tidur balik(aku memang pemalas tengok badan larr... hehe)
9.00pagi:bangun cari makanan dekat dapur..
10.00pagi:tidur balik weh.. nak buat apa lagi...
12.00tghari: bangun sebab dah tak tahan tidur dalam bilik dengan keadaan cahaya mentari tegak di atas kepala... panas wei...
Lepas tu aku tengok tv kejap dan pergi mandi sebab badan dah berbau apa ntah,,, hehe
Petang lak aku just lepak sorang2 dalam bilik kalau dah boring sangat aku ulang baca novel kepunyaan aku di  atas rak atas kepala katil aku....Aku jarang keluar dengan member2 sekarang yela duit tak de nak keluar bersuka ria macam mana...


Kalau lah arwah ABAH ada mesti aku tak susah macam ni lepas exam, kocek pun tak kosong macam ni, tapi aku redha dengan ketentuan Allah SWT kepada aku. Al-Fatihah untuk arwah ABAH aku semoga roh nye di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang Allah SWT sayangi... Arwah ABAH pernah suruh aku buat lesen motor dan kereta masa awal tahun hari tu tapi aku tolak,sebab aku cakap orang buat nanti lepas exam lah ABAH, ABAH cakap okey je... Tapi semua tu tak terjadi sebab arwah ABAH lebih disayangi Allah SWT.Arwah ABAH menghembuskan nafas yang terakhir di HOSPITAL KUALA KRAI HARI AHAD  10/6/2012 di hadapan aku sendiri.




Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 25 November 2012

Melepaskan kerinduan .. HEHE




Assalamualaikum.... Hai2...



Nak tulis apa ekkk?? Excited sangat nak update blog.. Tak sempat tunggu habis exam, memang tak tahan maa... Ada 2 paper lagi nak habis, tak sabar menunggu tarikh 29/11 ni, 4 hari lagi... Tak sabar nak bebas, otak ni dah tak sanggup menanggung beban untuk memerah otak mengingati segala apa yang diajar oleh cikgu dan segala apa yang telah aku baca selama ni. Rasa terbeban sangat, nak lepas segala-galanya tak sabar sangat. Sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi belum berkesempatan lagi. Nanti aku habis exam ni aku update entri banyak-banyak biar lebam jari, biar retak keyboard, biar pecah skrin monitor (over sangat kan) hehe.... Whatever lha... Do I care... I don't care... This my blog kan.. hehe... Bunyi macam sombong pulak.. hehe... Apa-apa pun memang aku rindu giler dekat blog aku ni, rindu dengan si keyboard yang badanya berketul-ketul but kurus kering hehe, dengan mouse yang cute-meut and rindu dekat monitor yang cun melecun ni. Okey tunggu entri seterusnya hari khamis ni (ada orang baca ntah).. huhu... Last paper 29/11 khamis subjek pendidikan seni visual 2... aku nak melukis apa ntah, tak pilih lagi soalan, malam ni aku pilih and practice buat kat rumah dulu... kat bawah ni soalan seni yang harus dipilih... Buntu, tak tau nak pilih yang mana...







Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 9 September 2012

Curi2

Assalamualaikum... Hai...



Aku rindu sama blog AKU, RINDU GILERRRR.... ni aku curi2 bukak je.... Saja nak lepas gian sikit dekat blog nieh.... 3 minggu aku tak balik hostel.... Kalau balik tak sempat nak on9 gak.... ok lah bye.... Nak masuk exam PD lak....



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 29 Julai 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum, hai...



Puasa dengan Raya tahun ni tak sama dengan tahun-tahun lepas sebab kami sekeluarga berpuasa dan beraya tanpa ABAH. ABAH menghembuskan nafas yang terakhir pada 10/6/2012 jam 9.10am. Al-Fatihah untuk arwah ABAH. Rindu ABAH. Hanya doa ku titipkan pada arwah ABAH.



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Love Never Die- Zieyla Aarif

Assalamualaikum, hai...



Story ni aku buat waktu Ustazah tasawwur aku sedang mengajar, hehehe...Nakal kan aku... huhu... Waktu ni geng aku tak de dalam kelas tinggal aku sorang je. 2 hari sebelum tu aku kena marah oleh Ustazah B(bukan nama sebenar) sebab aku tidur waktu dia mengajar dan hari ni untuk mengelakkan aku dari tertidur masa dia mengajar, aku ambil buku catatan sekolah yang umi(pengetua sm3k) bagi kepada setiap orang pelajar tu aku lakar kartun, lepas lakar kartun tu aku coret cerita bermula dengan saja-saja je selepas tu semakin serius. Masa Ustazah B keluar aku tak siap lagi reka cerita ni cerita ni siap hari itu jugak sampai aku balik lewat sekolah sebab nak siapkan cerita ni. Aku rasa ustazah perasan aku tak dengar dia mengajar hari tu, hehehe... MAAF USTAZAH B.... Masa balik hostel tu aku mendapat idea nak jadikan cerita ni dalam bentuk video. Aku try buat dengan handfon kawan aku tapi tak menjadi sebab gambar jadi tak jelas. Hari khamis tu aku balik rumah dan malam jumaat(hari ke-40 arwah abah pergi meninggalkan kami) tu masa aku keluar hantar adik aku pergi tuisyen aku pergi cc berdekatan tapi masa tu jugak handfon aku buat perangai tak boleh nak sambung dengan wayar USB dan pada malam tu tak siap jugak lah video aku. Pada hari sabtu  aku keluar pergi cc kakak aku, aku buat video ni dan video ni pun siap tapi tak sempat nak upload sebab aku kena balik awal sebab nak masuk hostel pukul 4 petang dan hari ini baru sempat upload ni pun sebab aku tak masuk hostel. Petang ni aku masuk lah(kau ingat hostel tu kau punya ke)... Diam kau!!!

Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)