yang terbaring lesu meniti hari
Menanti air laut membasahi
Ketika mentari membakar dan
mengeringkan tubuhku.
Aku bagaikan pasir pantai
Yang mengharapkan ombak
Mengerakkan dan mengalihkan
tubuhku ke gigi air untuk
Mencari kedinginan.
Dimanakah engkau ketika aku
Terkapar kesunyian
Dibalut rindu,
Didera luka yang amat dalam.
Kekasih... kaulah air dan ombak
yang sangat kudambakan
Hadirmu bagai embun yang
Menyegarkan kelopak bungaan
Sang embun itu adalah cintamu
Yang sangat kuharapkan
Cinta ini bukan hanya mimpi
Manis yang mengkhayalkan.
Cinta ini adalah angin
Yang meniupkan kebahagiaan
Jika waktu-waktu sepi turut
Menerjah ruang rahsiamu pergi lah namaku.
Kerana disitu ada cinta
Ada rindu yang amat
Mengharapkan belasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan