How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Isnin, 26 Julai 2010

h4rI kOkURiKulum di Sek.Men.Keb.Kuala Krai Kelantan.



Pada tanggal 25/7/2010 sekolah aku mengadakan sambutan hari kokurikulum. Aku happy giler haritu sampai bangun awal dari hari lain, tapi yang menyedihkan motor aku rosak jadi tak boleh nak pergi dengan motor aku sendiri terpaksa la aku pinjam motor mak aku. Aku pergi awal sikit dari orang lain sebab aku kena berhenti kedai kakak aku nak tinggal motor dekat situ, yela mak aku pun satu nak pinjam motor dia kena ikut syarat dia kata tak boleh bawak motor yang baru2 kat sekolah nanti dikebas orang. Jadi aku terpaksa lah suruh kawan aku singgah ambil aku dekat depan kedai kakak aku nie. Aku saja jew malas nak berjalan padahal dekat je dengan sekolah.





Sesampai je di sekolah tu kami semua diberi arahan agar berkumpul di tapak perhimpunan untuk menanda kehadiran dan membuat majlis perasmian permulaan hari ko ni. Sambil mendengar ayahanda kami berucap di hadapan ada jugak yang kena marah dekat cikgu sebab pakai selipar CROCS, adoi kesian dekat diaorang nasib baik aku tak pakai lagi masa ni aku bawak tapi aku letak dalam beg tunggu majlis perasmian habis dulu. Tu la nak style kena ada taktik bro!!.




Lepas majlis perasmian bersurai kira2 jam 8.45 a.m kami membawa haluan masing2 ada yang pergi melawat tempat pameran dan ada jugak yang pergi ke padang untuk melihat/membeli di gerai jualan yang disediakan. Lebih kurang 50 gerai jualan yang ada macam2 ada, aku dan geng2 aku pergi ke padang sebab semua rakan aku ni merungut kata mereka, mereka lapar sebab tak makan apa2 lagi pagi ni. Tanpa banyak cakap kami pun pergila ke gerai jualan yang menjadi pilihan masing2. Aku jadi pening sebab tak tahu nak pilih makanan yang mana nak makan korang bayangkan gerai jualan ada 50 semuanya gerai yang jual makanan lebih kurang 35 buah aduh banyak tu. Pening2.









Pada hari yang sama jugak ada perlawanan futsal antara kelas yang melibatkan pelajar tingkatan tiga. Aku ni memang minat bola, jadi aku tak lepaskan peluang untuk melihat kawan2 sekelas aku bermain. Kelas aku berjaya mendapat tempat ke-3 je, tempat pertama dimenangi oleh kelas 3 Ikhlas, ke-2 3 Ceria, ke-3 3Ehsan dan ke-4 kelas 3 Adil.



Malas la aku nak taip panjang2, kalau ikutkan banyak lagi aktiviti yang diadakan. Aktiviti yang paling best ialah persembahan ular yang diadakan pada 26/7/2010. Lupa aku nak bagitau hari ko ni 2 hari 25 dan 26. Persembahan ular ni memang dinanti-nantikan oleh pelajar, pada mulanya kalau nak tengok kena bagi tiket dulu tiketnya harga RM1.00 je. Tapi disebabkan sambutan begitu meriah ramai pelajar yang ingin menyaksikanya cikgu dengan rela hati membuka plastik yang dilinkungkan itu. Ada beberapa orang pelajar lelaki dengan beraninya mencium ular di khalayak ramai. Aku sentuh ular pun tak pernah ni kan nak cium, eeeiii geli aku. Ular kalau kecil tak pe la tapi ular dia besar kalau tak percaya tengok la gambar tu sendiri.

Majlis penutup dirasmikan oleh ayahanda kami iaitu Tuan Hj. Mohd Amin bin Awang pada jam 12.00 tengahari di dewan sekolah. Majlis perasmian penutup berjalan serentak dengan majlis penyampai hadiah kepada pemenang2 yang menyertai pertandingan yang diadakan antara pertandingan yang diadakan ialah catur, congkak, batu seremban, melukis poster hari ko, mencipta logo koperasi, gubahan, demonstrasi canting batik, memasak, rekacipta, indoor games, pidato, menulis esei bm/bi, deklamasi sajak, membaca syair kuiz matematik dan sains dan banyak lagi. Sekian terima kasih.


Tiada ulasan: