How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Sabtu, 4 Februari 2012

Cuci mata

Assalamualaikum, hai...


Hari ni aku malas nak menulis panjang2, pemalas kan aku?? nak buat macam mana aku memang macam ni... hehe... Hari ni aku nak suruh korang cuci mata nengok gambar aku yang cute mute(uweekkk,,, perasan daa) kahkahkah.....








Written by:Zieyla Aarif

Khamis, 2 Februari 2012

Medal punye pasal

Assalamualaikum, Hai....


Lama nye rasa tak update blog harap masukkan video je tu pun kejap je. Rindu dekat keyboard ni hehe, sebenarnya dah 3hari aku tak main internet sebab apa, sebab aku balik rumah ma aku. Korang faham2 la kalau aku dekat kampung macam mana no fb, no blog and no internet(ni yg penting xde ni xde la semuanya).


Semalam(rabu) sekolah aku buat acara merentas desa, setiap tahun mesti ada acara ni, tahun ni yang ke-21. Aku sebenarnya tak nak lari sebab aku jadi pc(pertolongan cemas) bagi unit ko, tapi cikgu mokhtar(cikgu pj aku) tak bagi sebab dia suruh aku masuk acara merentas desa bagi kategori khas(yang berbadan sihat) hehehe.... Faham2 sendiri la. Jadi terpaksa la aku korbankan air didalam badan aku yang keluar sebagai peluh untuk menyertai acara ni.


Antara kategori yang ada ialah lelaki bawah 18(15 medal), perempuan bawah 18(15 medal), lelaki bawah 15(15 medal), perempuan bawah 15(15 medal), lelaki kategori khas(10 medal) dan perempuan kategori khas(10 medal). Aku dalam kategori perempuan kategori khas la, you all tahu tak aku dapat nombor aku haish!! malu la nak cakap.... hehe.


Nasib dapat nombor jugak kalau tak aku pengsan dekat situ gak korang pandai2 la angkat aku yang 'ringgan' ni, hehehe.... Aku dapat nombor 10 derrr.... Nombor last tau Ekah dapat nombor 9 sebab kami lari sama2(lari ke?? lebih kepada berjalan je) huhuhu... Aku bagi dekat Ekah pergi dulu masa dekat garisan penamat, demi kawan kan.


Aku tak kisah asal aku dapat jugak medal tu tak kira la nombor berapa pun, jangan jadi macam tahun lepas sudah aku tak sempat nak dapat nombor sebab aku tersekat dekat lumpur memang bersusun dekat situ pelajar bukan sikit ramai siot... Pelajar sekolah aku dalam 1500 yang menyertai mungkin dalam 1200 kot angaran je.


Tapi Ekah dapat pergi dulu dan dia berjaya dapat nombor 8 dan aku tak dapat, sedih jugak la rasa macam sia2 je. But tahun ni aku dapat jugak medal tu tak kira la nombor berapa pun. Aku nak tambahkan koleksi medal aku kat rumah tu.


Letih tu tak payah nak cakap memang letih gilerr..... Masa pertengahan jalan tu pinggan aku tiba-tiba sakit Ya Allah memang perit la nak jalan pun susah aku tahan je sebab nak berhenti takut orang lain potong aku jalan slow2 nasib ada Ekah kasi semangat aku teruskan jalan lepas jambatan tu sakit dah kurang aku cuba lari sikit rasa sakit tu menyerang balik.


Ekah suruh jalan je aku turuti apa yang dia suruh, dahaga tu memang tahap kritikal dah tekak rasa kering sangat air tak bawa, nasibla. Memang rasa nak berhenti je lari tu tapi tak boleh aku nak jugak medal tu, hehe bersemangat waja. Jalan yang kami lalui memang sukar sebab berlumpur tapi tak seteruk tahun lepas, tahun kira okey sikit.


Dan sekarang ni habis satu badan aku sakit, yang paling ketara dekat paha aku, mesti ambil masa dalam seminggu nak sembuh ni. Nasib aku la.




Ok setakat ni je entry aku untuk kali ni. Letih la nak menaip panjang2. Korang pun dah boring kan nak baca entry yang long2 ni, hehehe..... Kat bawah ada gambar yang aku ambil dan yang Fan Page sekolah aku masukkan dalam fb(SMK KUALA KRAI)....













Written by:Zieyla Aarif

Promo Panggung Sabtu Hindustan TV3 (Lawak)



Jom layan video lawak .... Jadi molek dio uat(cakap kelantan sudah) hehehe......


Written by:Zieyla Aarif

Isnin, 30 Januari 2012

PATAH SERIBU MTV - SHILA AMZAH



Layan lagu Shila Amzah jap, suara dia memang best. Aku suka sangat suara dia ni time dia nyanyi dia nyanyi dengan penuh perasaan dan apa yang dia nyanyi tu sampai dekat jiwa aku, contoh macam lagu beribu sesalan masa dekat "setia padamu" tu memang best bagi aku la korang tak tahu la. Teruskan usaha anda saya sentiasa menyokong anda. I Like Shila Amzah




Written by:Zieyla Aarif

Isnin, 23 Januari 2012

Jadi tauke jap

Assalamualaikum.... hai....



OK.... Disebabkan hari ni masa aku terluang banyak sampai nak melimpah ruah keluar dan nak masuk dalam masa orang sekeliling aku ni aku dengan senang hatinya nak meluangkan masa aku yang dah nak melimpah tu untuk menulis entry dekat blog cacar marba aku ni .... hehe... Semalam sedang asyik aku dok baca novel MY LOVE- PLAYGIRL tiba-tiba henset aku mengeluarkan bunyi beeeppp!!!!!!! menandakan ada mesej yang masuk hish!!! aku yang tengah dok syok layan novel ni ada je yang nak menganggu.


Dengan  kudrat yang masih bersisa aku cuba  mengapai tangan untuk mengambil henset aku ditepi bantal tapi tak berdaya, hehe... Aku rehat jap ambik nafas sambil meneruskan bacaan aku dalam 15 minit kemudian aku kembali tersedar kedunia yang nyata dari terus berkhayal dengan dunia ciptaan penulis SITI NUR DHUHA aku cuba sekali lagi untuk mengapai henset c2-03 aku dan kali ni aku berjaya mengapai henset aku yang hitam menawan aku gagahkan diri untuk membuka mesej yang diterima 15minit lalu. Mesej yang terbiar tanpa perhatian dari tuan punya henset selama 15minit ialah mesej dari abang ipar aku(abg ngah).


Aku baca mesej tu, mesej tu mengatakan esok(hari ni) aku tak boleh berguling-guling atas katil aku dalam jangka yang panjang sebab esok aku ditugaskan menjaga Cyber Cafe kakak dan abang ipar aku. Abg ngah aku ada kerja dekat Ketereh jadi aku la yang akan menganti tempat duduk tauke FAIDA RESOURCES esok harinya, dan disebabkan itu juga aku dapat menulis entry dekat blog aku ni kalau tak datang kat sini aku nak bukak internet macam mana aku bukanya punya laptop sendiri masih belum tiba waktu untuk aku memiliki benda alah ni tunggu habis SPM dulu.


Pagi tadi aku bangun lewat sikit sebab aku ABC jadi tak perlu nak merugikan masa aku bangun awal dan mengorbankan waktu tidur aku ni yang jarang2 dapat tidur lebih2 melainkan pada hari cuti sekolah aku manfaatkan masa tidur aku dengan betul2 agar aku tak rugi walau sesaat pun, HEHE... Aku bangun dan pergi basuh muka dan berkumur sebanyak 3kali tanpa mengosok gigi aku pergi ke meja makan dan mengambil sebungkus nasi lemak yang ma aku beli awal pagi tadi dan memakannya dengan berselera tanpa mempedulikan pandangan dan rayuan si Comot dan si Sally dikaki aku. Perbuatan kucing peliharaan keluarga aku tu menunjukkan ma aku tak bagi diorang makan lagi pagi ni, tapi aku apa peduli perut aku yang penting. KEJAM kau g-la.... Ada aku kisah.... HUARGH2!!!!(gelak jahat)


Aku janji dengan abg ngah nak pergi ke kedai dia pukul 11pagi tapi pukul 11pagi aku baru siap mandi, hehe pukul 11.30 aku sampai dekat kedai dengan menaiki motor honda wave 125 aku dengan kelajuan 80-100 km/j tu kira dah slow. Dan sekarang jam 4.09pm aku dengan kesabaran yang masih bersisa dan cuba untuk menahan mata kau dari terpejam terus sebab sekarang ni aku tengah mengantu gilerrr!!!!! Dan untuk mengurangkan rasa mengantuk aku rembat satu tin  air Sarsi F&N dalam peti kat depan pintu masuk kedai aku(menjadi hak milik aku sementara tuannya takde)


Panjangnya entry aku hari ni, yela masa banyak terluang kan baik aku manfaatkan masa tu dengan melakukan perkara yang berfaedah sikit hehe, walaupun kerja sekolah yang menimbun tu aku belum siapkan. OK setakat ni saja entry aku kali ni kalau panjang lagi ntah apa lah aku merepek.


Written by:Zieyla Aarif

Mencari sesuatu yang hilang

Sekarang ni cuti sekolah sebab apa cuti tak perlu aku bagitahu la korang dah tahu kan, apa ada yang tak tahu?? parah2, ok la aku dengan baik hatinya bagitahu kenapa sekolah cuti, sebab kaum cina dekat negara kita nak sambung TAHUN BARU CINA la,, tu pun tak tau apa daaa..... Korang tau2 je la aku ni memang suka kalau bab2 cuti ni, yabedabedu!!!! setelah sekolah mula pada awal bulan 1 haritu aku rasa aku tak cukup satu benda dalam diri aku benda itu telah membuatkan diri aku tak tenang hidup aku tak tenteram jiwa aku tak senang dan setelah cuti bermula baru aku menyedari benda yang hilang dalam diri aku ni nak tahu apa?? aku sebenarnya serba-salah nak bagitau korang ni benda ni tapi tak pe lah rasa serba-salah tu aku dah bagi dekat kucing kesayangan keluarga aku makan HAHAHA.... ok benda yang hilang tu adalah masa tidur aku berkurangan, huwaaa!!!! Mak orang tak cukup tidur... HEHEHE.... Jangan marah aku saja nak test penulisan bahasa aku yang tak berapa tiptop ni.....




Written by:Zieyla Aarif

Selasa, 17 Januari 2012

Saya budak baru belajar

Assalamualaikum... hye...

Lama nya aku tak menulis entry dekat blog ni nak buat macam mana keinginan nak menulis blog ni membuak-buak macam kek terlebih serbuk penaik, hehe tapi masa yang tak mengizinkan aku untuk menulis ni. Masa sebenarnya cemburu dekat aku hehe (mengarut je aku ni) sekolah dah start tahun ni exam tak sama macam form 4 dulu tahun ni cikgu tak bagi aku rilex langsung kerja sekolah menimbun macam nasi yang aku makan tadi kahkah. Entry kali ni aku nak cerita tentang photoshop(ps). Software ps cs3 ni dari tahun lepas lagi ada dalam pc  aku tapi aku tak reti nak guna benda alah ni.

Aku ada gak tanya kawan aku pasal ps ni dia memang pro la guna benda tu tapi yela orang bukan senang2 nak bagi ilmu dekat kita kan tak macam aku hehe(perasan), jadi masuk tahun baru ni aku try cari lam youtube macam mana nak guna ps ni, makkk aiii.... macam2 dia ajar kenapa lah aku tak terfikir sebelum ni erk... huhu... Aku belajar benda ni saja2 je nak edit gambar aku yela tengok orang lain gambar diorang cut cantik2 aku pun nak cut gambar gak... hehe... ok setakat ni saja entry aku untuk kali ni. 'Masa' tengah pegang batang penyapuh nak pukul aku suruh aku pergi study, buku pulak tengah melambai-lambai memanggil aku pergi mengadap dia,  segala alat tulis sedang menarik-narik baju aku agar tinggalkan meja pc dan pergi ke meja study(cehh perumpamaan yang melampau) hehe ... kat bawah ni antara gambar yang aku dah edit guna ps ni.









Written by:Zieyla Aarif