How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Ahad, 25 November 2012

Melepaskan kerinduan .. HEHE




Assalamualaikum.... Hai2...



Nak tulis apa ekkk?? Excited sangat nak update blog.. Tak sempat tunggu habis exam, memang tak tahan maa... Ada 2 paper lagi nak habis, tak sabar menunggu tarikh 29/11 ni, 4 hari lagi... Tak sabar nak bebas, otak ni dah tak sanggup menanggung beban untuk memerah otak mengingati segala apa yang diajar oleh cikgu dan segala apa yang telah aku baca selama ni. Rasa terbeban sangat, nak lepas segala-galanya tak sabar sangat. Sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi belum berkesempatan lagi. Nanti aku habis exam ni aku update entri banyak-banyak biar lebam jari, biar retak keyboard, biar pecah skrin monitor (over sangat kan) hehe.... Whatever lha... Do I care... I don't care... This my blog kan.. hehe... Bunyi macam sombong pulak.. hehe... Apa-apa pun memang aku rindu giler dekat blog aku ni, rindu dengan si keyboard yang badanya berketul-ketul but kurus kering hehe, dengan mouse yang cute-meut and rindu dekat monitor yang cun melecun ni. Okey tunggu entri seterusnya hari khamis ni (ada orang baca ntah).. huhu... Last paper 29/11 khamis subjek pendidikan seni visual 2... aku nak melukis apa ntah, tak pilih lagi soalan, malam ni aku pilih and practice buat kat rumah dulu... kat bawah ni soalan seni yang harus dipilih... Buntu, tak tau nak pilih yang mana...







Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 9 September 2012

Curi2

Assalamualaikum... Hai...



Aku rindu sama blog AKU, RINDU GILERRRR.... ni aku curi2 bukak je.... Saja nak lepas gian sikit dekat blog nieh.... 3 minggu aku tak balik hostel.... Kalau balik tak sempat nak on9 gak.... ok lah bye.... Nak masuk exam PD lak....



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 29 Julai 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum, hai...



Puasa dengan Raya tahun ni tak sama dengan tahun-tahun lepas sebab kami sekeluarga berpuasa dan beraya tanpa ABAH. ABAH menghembuskan nafas yang terakhir pada 10/6/2012 jam 9.10am. Al-Fatihah untuk arwah ABAH. Rindu ABAH. Hanya doa ku titipkan pada arwah ABAH.



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Love Never Die- Zieyla Aarif

Assalamualaikum, hai...



Story ni aku buat waktu Ustazah tasawwur aku sedang mengajar, hehehe...Nakal kan aku... huhu... Waktu ni geng aku tak de dalam kelas tinggal aku sorang je. 2 hari sebelum tu aku kena marah oleh Ustazah B(bukan nama sebenar) sebab aku tidur waktu dia mengajar dan hari ni untuk mengelakkan aku dari tertidur masa dia mengajar, aku ambil buku catatan sekolah yang umi(pengetua sm3k) bagi kepada setiap orang pelajar tu aku lakar kartun, lepas lakar kartun tu aku coret cerita bermula dengan saja-saja je selepas tu semakin serius. Masa Ustazah B keluar aku tak siap lagi reka cerita ni cerita ni siap hari itu jugak sampai aku balik lewat sekolah sebab nak siapkan cerita ni. Aku rasa ustazah perasan aku tak dengar dia mengajar hari tu, hehehe... MAAF USTAZAH B.... Masa balik hostel tu aku mendapat idea nak jadikan cerita ni dalam bentuk video. Aku try buat dengan handfon kawan aku tapi tak menjadi sebab gambar jadi tak jelas. Hari khamis tu aku balik rumah dan malam jumaat(hari ke-40 arwah abah pergi meninggalkan kami) tu masa aku keluar hantar adik aku pergi tuisyen aku pergi cc berdekatan tapi masa tu jugak handfon aku buat perangai tak boleh nak sambung dengan wayar USB dan pada malam tu tak siap jugak lah video aku. Pada hari sabtu  aku keluar pergi cc kakak aku, aku buat video ni dan video ni pun siap tapi tak sempat nak upload sebab aku kena balik awal sebab nak masuk hostel pukul 4 petang dan hari ini baru sempat upload ni pun sebab aku tak masuk hostel. Petang ni aku masuk lah(kau ingat hostel tu kau punya ke)... Diam kau!!!

Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Sabtu, 9 Jun 2012

Papai.... :'(

Assalamualaikum.... Hai....



Hari ni aku masuk hostel, jadi memang akan bertambah jarang lah aku update blog. Yela aku balik 2 minggu sekali pahtu belum tentu lagi sempat ke tak nak update blog... Ala~ mesti aku rindu kan dekat facebook, blog, twitter dan keyboard yang sedang diguna ni.. Keyboard ni pun mesti rindu dekat aku sebab dah tak de tangan yang selalu menari-nari di atas badannya(over la pulak) hehehe... Monitar lak mesti akan rindu untuk menatap muka aku yang comel(uweeeuukk.... nak termuntah den) damn u!!! hehe, ok sambung ayat yang tergantung: selalu ada depan mata dia(macam la monitar kau tu bernyawa) DIAM KAU!!!!,,,, hehehe... Emosi tak stabil, sebab nak tinggalkan semua ni. Tapi aku tak de lah berat hati sangat nak tinggalkan semua ni, sebab keputusan yang aku ambil untuk tinggal di hostel ni adalah dari diri aku sendiri tiada paksaan dari sesiapa pun. Dan aku rasa keputusan yang aku ambil ni betul sebab tujuan utama aku nak tinggal hostel adalah untuk belajar bersam-sam dengan kawan aku. Ok la aku tak de masa yang panjang ni, masa seolah-olah mencemburui diri aku ni... ok papai... eeeeiiiiiiiii..... rasa nak bawak je pc ni pergi hostel... (kau gila apa ni bukan laptop, besar gedabak)hehe... papai skali lagi.... arrrrgggghhhh..... xnak!!!!!!!! hehe... tadi kata tak berat hati sangat ni apa(ni bukan berat hati ni tak sampai hati) nak tinggalkan semua ni... BERKORBAN APA SAJA UNTUK BERJAYA.... PAPAi(aku papai jugak budak ni tak habis2 lagi).... ok chaiyok2.....


Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Khamis, 7 Jun 2012

Jiwa la pulop.... hehe

Jangan kau hadir dalam hidup ini andai ia hanya untuk  sementara,
Jangan kau hadir andai ingin melukakan kembali parut yang dulu,
Jangan kau hadir dalam hidup ini andai hanya untuk memberi harapan palsu...

Kerna diri ini tidak sanggup merasainya sekali lagi. Parut yang dulu masih belum hilang masakan diri ini sanggup untuk merasai kesakitan itu untuk yang kedua kali...




Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)

Ahad, 3 Jun 2012

Cinta Monyet

Assalamualaikum.... Hai2....


Wah hari ni aku ada masa terluang sikit nak luangkan untuk belog kesayangan aku ni(syg ke? blh la..hehe). Hari ni aku ditugaskan jaga kedai kak ngah aku sebab diorang nak pergi kenduri kendara ni hehe. Biasalah sekarang ni kan cuti sekolah ramai la orang yang nak membina masjid kalau buat masa tak cuti kan kurang pula orang yang datang, ntah2 tetamu yang tak dijemput je yang datang seperti  si kambing, biri-biri dan lembu je yang datang.. Yela manusia-manusia tengah busy dengan study dan kerja kan...


Hari ni aku nak cerita tentang cinta monyet dan menyumbangkan pendapat aku mengapa cinta itu monyet ehhh!! silap mengapa cinta monyet itu cuma sekejap sahaja... Aku ramai kawan-kawan dan dari semua kawan aku tu separuh atau lebih dari mereka tu mempunyai kekasih hati, walaupun umur baru setahun jagung. Umur baru 12 tahun dah nak berpacaran segala. ish3.. Aku ingat lagi waktu aku darjah 6 dan aku tinggal di hostel dah ada diantara kawan aku ni yang mula berjinak-jinak dengan dunia percintaan ni. ish3 budak zaman sekarang kan.. he3


Dan sekarang aku berumur 17 tahun hah masa ni tak payah cakap boleh dikatakan semua kawan-kawan aku ada kekasih, bukan setakat seorang je tapi ada yang pasang sampai 4 atau 5 dalam satu masa, bayangkan berapa ramai bekas kekasih hati diorang sampai diorang nak kahwin nanti. Jumpa dekat shopping complex "ehh bekas pakwe/makwe aku la", jumpa yang lain pulak dekat pasar malam ke pasar basah ke, pasar kering ke "alah dia tu pernah jadi kekasih aku la, jumpa dekat majlis kahwin dengan yang lain pulak "alah laki/isteri dia tu ex-bf/gf aku. Wah banyak betul kan kebetulan yang terjadi dan kebetulan itu yang telah kita cipta sendiri pada masa dahulu.



Nak tahu tak kenapa cinta monyet bagi remaja-remaja ni hanya sekejap. Ni adalah antara sebab-sebabnya:-

*baru kenal tak sampai sehari dah ajak couple
*baru tahu nama je dah terima orang ajak couple 
*baru chatting 2, 3 jam dah jadi kekasih dah
*tak fikir sebelum bertindak
*hanya memikirkan keseronokan 
*dan yang last mereka mengenal pasangan bukan sewaktu berkawan(sambung bawah panjang sangat) 


Tetapi setelah bercinta sebab apa, sebab tak sempat nak kenal yela baru kenal sehari dua dah couple, lepas couple baru tahu dia tu macam tu la, macam ni la, itu la, ini la dan macam-macam lagi yang tak dapat diterima tentang pasangan masing-masing. Lepas tahu perkara yang tak diingini ada pada diri pasangan mereka, mula lah nak clash padahal baru je couple seminggu.Itulah nak cakap cinta monyet ni hanya berlaku dikalangan remaja(awal remaja) saja kerana remaja masih belum dapat berfikir secara rasional. Bukan seperti di akhir peringkat keremajaan mereka dapat berfikir dengan matang dan dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara yang hendak dilakukan.


Okey sekian saja, hehehe.... itu pendapat aku la kan... Lain orang lain pendapat kan.... Aku dah nak balik rumah makbapak aku ni...dah abis kerja(kerja la sangat).... Papai...



Written by:Zieyla Aarif(Miss Zack)