Assalamualaikum....
Entry kali ni g-la buat khas untuk kawan muka buku g-la Muhammad Taufiq dia ni seorang penulis novel yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Siapa2 yang minat baca novel boleh la pergi ke blog dia di CORETAN HATI dia sekarang sedang menulis novel bertajuk "Mak!! Adik pergi dulu" cerita ni memang sedih dan penulis berhasrat nak membukukan cerita ni. Kalau nak baca cerita "Mak!! Adik pergi dulu" pergi ke blog CORETAN HATI dia. Awak2 semua boleh gak menyertai page dia di facebook TAUFIQ THE NOVELIS g-la sekadar nak promote fan page dia, tapi yela ntah orang baca ke tak blog g-la tak se'famous' blog orang lain. Cerita yang dia coret memang tak akan mem'boring' kan korang semua percayalahhhh........(baca sambil nyanyi lagu Siti)hehehe..... Tapi cerita dia boleh membuatkan korang mengalirkan airmata, cerita ni juga sarat dengan kisah kasih sayang antara ibu dengan anak, adik dengan abang dan ayah dengan anak. Korang tak percaya korang baca la sendiri g-la nak cerita semua pun tak boleh(malas deng). Ok selamat membaca.
Written by:Zieyla Aarif
Selasa, 27 Disember 2011
Ahad, 25 Disember 2011
Bertukar!!!!!!!
Assalamualaikum, hye!!
Perasan tak blog aku dah berubah wajah dari hitam berkilat menjadi putih suci. Tapi ada ke orang perasan orang singgah pun tak, huhuhu.. Biasa la aku faham blog aku tak de benda yang menarik pun, tapi nak buat macam mana aku suka menulis jadi aku buat khas blog ni menjadi medan untuk aku dok mencarut, men'potpet'2 segala benda yang terlintas difikiran aku. Masa mula2 aku buat blog ni dalam fikiran aku, aku nak tulis novel tapi ntah la bila difikirkan balik malas la pulak, kalau aku tulis novel mesti kena selalu update blog kan. Aku bukan tak nak update blog aku ada problem sikit(tak usah di'story' la). Aku dah tulis novel tu lama dahulu tapi aku buang balik aku simpan dalam draf nanti aku habis SPM 2012 aku terbitkan balik dan sambung balik novel tu(tu pun kalau aku masih bernyawa di bumi Allah SWT ni). Sekarang ni aku nak fokus pada exam, sebab aku nak buktikan pada MANUSIA2 yang telah menganaiaya diri aku ni. Thank sebab berjaya buat aku rasa macam tak nak hidup. Dan terima kasih banyak2(ni terima kasih btul2 tau) buat yang telah memberi nasihat dan sokongan untuk aku meneruskan hidup aku.
Written by:Zieyla Aarif
Perasan tak blog aku dah berubah wajah dari hitam berkilat menjadi putih suci. Tapi ada ke orang perasan orang singgah pun tak, huhuhu.. Biasa la aku faham blog aku tak de benda yang menarik pun, tapi nak buat macam mana aku suka menulis jadi aku buat khas blog ni menjadi medan untuk aku dok mencarut, men'potpet'2 segala benda yang terlintas difikiran aku. Masa mula2 aku buat blog ni dalam fikiran aku, aku nak tulis novel tapi ntah la bila difikirkan balik malas la pulak, kalau aku tulis novel mesti kena selalu update blog kan. Aku bukan tak nak update blog aku ada problem sikit(tak usah di'story' la). Aku dah tulis novel tu lama dahulu tapi aku buang balik aku simpan dalam draf nanti aku habis SPM 2012 aku terbitkan balik dan sambung balik novel tu(tu pun kalau aku masih bernyawa di bumi Allah SWT ni). Sekarang ni aku nak fokus pada exam, sebab aku nak buktikan pada MANUSIA2 yang telah menganaiaya diri aku ni. Thank sebab berjaya buat aku rasa macam tak nak hidup. Dan terima kasih banyak2(ni terima kasih btul2 tau) buat yang telah memberi nasihat dan sokongan untuk aku meneruskan hidup aku.
Written by:Zieyla Aarif
Pecah rekod Big Bos
Semalam aku buka blog Norazlin Nordin ok blog dia best sebab ada lukis2, masa aku dok baca entry dia aku terjumpa blog Fatin Osman aku pun tekan la nama tu keluar la blog tangan punya kerja mula2 aku baca entry terbaru dia cinta kaum sejenis?? erkk aku dah tertarik dah dengan gaya blog dia, pahtu dia ada lukis2 gambar kartun macam tu, aku paling suka tengok benda kartun yang ada dialog ni. Aku baca, baca dan baca lagi sampai habis semua entry dia aku baca, rasa macam tak cukup(macam ketagih la pulak). Dan aku telah memecahkan rekod aku sendiri sebab berjaya baca semua entry di blog dia, aku memang malas nak membaca tapi aku suka menulis pelik kan. Aku memang macam tu.. hahaha... Tapi cerita dia memang menarik tertarik kau memang de boom... hehe... Ayat-ayat yang sempoi tak boring, cerita ada yang gile2 tapi best. Hari ni aku buka pula blog dia tapi tak de entry baru. Lepas tu aku bukak pula pukul 8.45pm tadi ada entry baru yang bertajuk final is coming aku baca la. Tapi memang best la blog dia sekarang ni aku tengah cari blog yang ada lukis macam blog Fatin Osman. Disebabkan semalam aku tertarik sangat dengan blog Fatin Osman ni aku tak sempat baca entry dekat blog Norazlin Nordin , malam ni aku nak baca semua entry dekat blog Norazlin Nordin pula. Teruskan melukis dan terbitkan entry baru sebab saya akan sentiasa mengikuti perkembangan blog akak. Aku gantikan nama Fatin Osman dengan DIA.
Written by:Zieyla Aarif
Written by:Zieyla Aarif
Kakiku
Assalamualaikum…
hyep…
Entry
kali ni aku nak citer kisah sedih skit, huwaaa(belum pe2 dh nangis).. huhuhu….
Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah(sebab hujan renyai2) aku, jaa, nadia,
farah najwa, ikah n sofea pergi KFC. Cadangan tu muncul dari aku sendiri, kami
pergi KFC pukul 12 kami pergi dengan kereta aku je senang satu kenderaan kalau dengan motor susah sebab
hujan nanti basah, hehe… Ok aku tak nak citer sal pegi makan KFC tu sebab makan
semua orang tahu macam mana kan.
Lepas kami makan kami pergi kedai kasut SB
yang baru dibuka di belakang PKT Guchil(org kuala krai tahu la), kami jelajah
segala kedai yang ada dekat situ, habis semua kat situ kitorang pergi Taman
Kuala Krai dekat Tasik Kuala Krai. Kami bergambar sakan, sampai handphone aku
jem, telefon Sofea habis bateri, telefon Ikah memory full memang parah la. Tapi
nak buat macam mana kami memang suka bergambar.
Ok setakat tu saja penerangan
tentang bergambar. Masa nak balik ni kami berlima berjalan menuju ke arah
kereta sedang asyik berjalan tu aku terlihat pokok kelapa daun dia rendah je
jadi aku dengan perasannya melompat nak capai daun kelapa tu dan tiba-tiba aku
tergelincir ntah macam mana jari kaki aku bergesel dengan tar.
Aku tak jatuh
tapi aku rasa sakit dekat jari ibu kaki aku, aku tundukkan kepala nak tengok
kaki aku Ya Allah kulit jari ibu aku tercabut sebab bergesel kuat dengan tar
aku dengar orang ketawa mungkin budak2 yang lepak dekat pondok tepi tasik tu
aku tak hiraukan siapa2 aku terus jalan sambil menunduk tengok kaki aku.
Kawan2
aku yang lain dah panik dah sebab tengok banyak darah yang keluar diorang nak
tengok kaki aku tapi aku dengan keadaan sakit tak menghiraukan mereka terus
buka pintu kereta naik dan disitu la aku mengaduh sakit. Sampai nak meleleh air
mata. Sakit siottt!!!. Dari dalam kereta aku dapat lihat orang dekat kedai
makan berdekatan tengok je kearah kereta aku, tapi aku tak peduli yang aku
peduli kaki aku yang berdarah tu.
Lama aku dok tengok kaki aku sambil tunggu
Ikah cari tisu dalam beg dia, nasib baik ada. Aku tunggu 5 minit sebab nak
redakan sakit baru aku hidupkan kereta nak balik dah la, sebenarnya ada plan
lain tapi aku cancel sebab kaki terlalu sakit.
Memang sakit la, sekarang ni
kaki aku berbalut. Huhuhuhu tak tau sempat ke tak sembuh sebelum buka sekolah
kalau tak sempat terpaksa aku pakai selipar.
Jangan tengok gambar kat bawah kalau anda seorang pen'geli'
Written by:Zieyla Aarif
Selasa, 20 Disember 2011
Pabila Aku Jatuh Cinta
pabila aku jatuh cinta,
aku akan setia,
pabila aku jatuh cinta,
aku akan merindui mu,
pabila aku jatuh cinta,
aku akan menjaga mu.
tetapi
walau seikhlas mana aku setia,
walau sekuat mana aku merindui mu,
walau sebaik mana aku menjaga mu,
dan jikalau
kau bukan tercipta untukku,
kau bukan ditakdirkan untukku,
kau bukan dijodohkan untukku,
kita tidak akan dapat bersama tanpa izin dari Allah SWT.
sesunguhnya cinta kepada Allah SWT yang kekal abadi.
Written by:Zieyla Aarif
aku akan setia,
pabila aku jatuh cinta,
aku akan merindui mu,
pabila aku jatuh cinta,
aku akan menjaga mu.
tetapi
walau seikhlas mana aku setia,
walau sekuat mana aku merindui mu,
walau sebaik mana aku menjaga mu,
dan jikalau
kau bukan tercipta untukku,
kau bukan ditakdirkan untukku,
kau bukan dijodohkan untukku,
kita tidak akan dapat bersama tanpa izin dari Allah SWT.
sesunguhnya cinta kepada Allah SWT yang kekal abadi.
Written by:Zieyla Aarif
Malu la wei!!!!
Assalamualaikum....
Written by:Zieyla Aarif
Aku nak
sambung cerita aku yang tadi dah petang kan baru nak sambung ntah la aku ni
pemalas betul dari tadi dok depan pc tapi tak tulis2 lagi entry yang aku nak
buat tu, cerita ni tentang aku sendiri, haish!! Malu la nak story .. hehehe…
Lepas aku
pergi kedai buku SMO aku dengan Nadia pergi Zon Ria ni la butik yang kami
selalu shopping baju(xde kelas langsung, ada aku kisah) kahkahkah…. Kali ni aku pergi
bukan nak beli baju untuk aku, tapi pergi teman Jaa n Farah beli baju untuk
diorang. Banyak la pulak dok potpet potpet ni kembali kepada tujuan asal …
hehehe…
Masa Jaa
n Farah dok memilih baju aku dengan Nadia pergi tengok2 baju yang ada dekat
kedai tu jenis baju yang kitorang dok tengok2 tu baju jenis leher ‘V’ cantik la, memang menjadi kegilaan aku
dengan kawan2 yang lain.
Alah aku
suka sangat mencarut macam2, padahal aku malu nak mulakan citer tu, huhuhu.
Okey2 jadi serius, ehem2. Kisahnya macam ni masa aku dok belek2 baju Nadia
datang sambil baiki seluar jeans dia menunduk la kan coz nak baiki seluar dia
ni mane tahu malu tempat macam tu baiki seluar.
Tiba-tiba
tangan(siku yg tgah membengkok) aku yang dok belek2 baju yang disangkut tinggi
tu terkena muka si Nadia ni pergh… Sakit wooo… bukan aku yang sakit si Nadia la
yang sakit sebab terkena dekat muka, aku pun terkejut la terus pusing nak
mengadap si Nadia ni, tiba-tiba je aku rasa tubuh aku melayang jatuh dush!! Tak
sempat nak dushh!! la aku sempat menongkat tubuh aku dengan tangan kanan aku,
macam orang nak buat shuffle la pulak kedudukan aku tu.
Ya Allah
malu wei, walaupun kat situ tak de orang lain selain aku dengan Nadia je, tapi
aku tetap merasa muka aku dah bertukar colour(merah siot!!). Sial punyer
selipar, sebab selipar tu la aku jatuh, bukan selipar aku tu wei si Nadia pergi
rembat selipar aku jadi terpaksa la aku pakai dia punye selipar harap jenama je
femes( CASPIA) tapi hampeh.
Sakit
segala urat aku ni, yang si Nadia pula bukan nak tolong aku dia boleh pulak pergi tempat si Jaa n Farah ni
sambil gelak2 dia cerita
dekat dua orang tu. Dua orang tu apa lagi gelak sakan. Aku ni yang tengah dok
membetulkan urat yang dah tersimpul mati(melampau sgt la plak perumpamaan).
Huhu… Memang aku malu la. Tak tahu nak letak muka dekat mana.
Tadi
kakak tu yang malu sekarang ni aku pulak yang malu tu la yang dok gelak dekat
kakak tu atas motor dengan si Nadia buat apa, sekarang dah dapat akibatnya ….
Hehehe
bukan macam ni aku jatuh tau, sekadar hiasan je.
Written by:Zieyla Aarif
Disebabkan terlalu khusyuk memilih novel
Assalamualaikum,
hello.....
hehehe.....
hehehe.....
Aku ni memang PEMALAS la kan?? kenapa lah aku ni malas sangat
nak update blog ish3, apa nak buat aku memang macam ni. Ini entry aku mahu
story mory tentang aku pergi jalan-jalan dekat bandar Kuala Krai.
Minggu ni aku
duduk rumah kak ngah aku dekat Sungai Durian jadi dekat je la dengan Bandar KK.
Aku pergi dengan Nadia sebab motor aku belum siap dibaiki lagi jadi aku
terpaksa tumpang si Nadia ni.
Aku pergi
berempat aku, Jaa, Farah dan Nadia dua buah motor la. Aku ni bukan nak cerita
kisah kami pergi Bandar tapi aku nak cerita kisah di kedai buku Syarikat Muda
Osman(SMO). Aku pergi Bandar ni ada sebab tau bukan saja-saja nak pergi
jalan-jalan aku nak pergi beli novel, bagus kan aku orang lain dekat nak bukak
sekolah ni pergi beli barang sekolah tapi aku hehe. Semua barang aku dah ada
la.
Kami berempat
berpecah aku dengan Nadia pergi kedai buku Jaa dengan Farah pergi Pasaraya
berdekatan. Aku masuk sorang ke dalam kedai buku SMO tu sebab si Nadia ni mane
minat benda alah ni.
Sedang aku khusyuk
dok memilih novel ni aku perasan tak jauh dari aku ada sorang kakak ni dok
pilih novel gak, sama2 khusyuk la
kan. Kakak tu datang dekat aku tapi mata
dok tertacap dekat rak novel aku tengah baca senopsis novel M.A.I.D coretan oleh
Suri Ryana tiba-tiba kakak tu bersuara “best ke novel tu” dengan lenggok suara
macam aku ni kawan dia la, aku pun palingkan wajah kearah kakak tu aku tengok
je muka dia dalam hati aku dok berkata ‘kakak ni salah orang ke? Atau dia
memang cakap dengan aku’ aku tengok dekat sisi kakak tu tak de orang pun aku
pun tak jawab la takut aku pulak malu.
Aku buat tak endah je terus pilih novel pahtu
kakak tu angkat wajah dia mungkin dia pelik kenapa la tak dengar suara orang
menjawab. Masa kakak tu tengok aku, muka dia dah memerah dah malu kot, dia pun
cakap “ sorry la dik salah orang ingatkan kawan kakak tadi”, aku dengan lemah
lembut dan bersopan santun cehhhh….. menjawab tak pe, hehe sambil tersengih
buat iklan ubat gigi colgate kat situ.
Kakak tu dah
malu dah terus dia pergi cari kawan dia pahtu aku tengok dia dok
potpet..potpet.. depan kawan dia mungkin dia bagitahu dekat kawan dia kot sebab
kawan dia tengok dekat aku sambil tersenyum. Kesian kakak tu salah orang, tapi
yang peliknya baju aku dan saiz tubuh badan aku tak sama pun dengan kawan dia,
huhuhu. Mungkin ni penangan novel parah2.
Aku pun pernah hampir2 nak jadi macam tu tapi
aku sempat tengok muka orang tu kalau tak malu free2 je aku. Lepas ni aku nak
tulis satu lagi entry tentang aku buat shuffle dekat kedai Zon Ria. Haha…. Nak
sambung dekat sini panjang sangat. Eh..eh.. Lupa pulak nak bagitau novel apa yang aku beli hehe... aku beli novel yang aku baca senopsis kat atas tu, M.A.I.D nak beli 2 buah novel tapi yela faham-faham je la ongkos(duit) kurang hehehe. Sebab novel M.A.I.D ni harga dia RM26 aku bajet dalam RM18 atau RM19 je satu boleh la aku beli dua tu pun aku dah dapat diskaun sebab aku ada kad keahlian SMO boleh la harga RM23.40. Untung la sikit.
Written by:Zieyla Aarif
Langgan:
Catatan (Atom)