How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 20 Disember 2011

Malu la wei!!!!

Assalamualaikum....





Aku nak sambung cerita aku yang tadi dah petang kan baru nak sambung ntah la aku ni pemalas betul dari tadi dok depan pc tapi tak tulis2 lagi entry yang aku nak buat tu, cerita ni tentang aku sendiri, haish!! Malu la nak story .. hehehe…


Lepas aku pergi kedai buku SMO aku dengan Nadia pergi Zon Ria ni la butik yang kami selalu shopping baju(xde kelas langsung, ada aku kisah)  kahkahkah…. Kali ni aku pergi bukan nak beli baju untuk aku, tapi pergi teman Jaa n Farah beli baju untuk diorang. Banyak la pulak dok potpet potpet ni kembali kepada tujuan asal … hehehe…


Masa Jaa n Farah dok memilih baju aku dengan Nadia pergi tengok2 baju yang ada dekat kedai tu jenis baju yang kitorang dok tengok2 tu baju jenis leher ‘V’  cantik la, memang menjadi kegilaan aku dengan kawan2 yang lain. 


Alah aku suka sangat mencarut macam2, padahal aku malu nak mulakan citer tu, huhuhu. Okey2 jadi serius, ehem2. Kisahnya macam ni masa aku dok belek2 baju Nadia datang sambil baiki seluar jeans dia menunduk la kan coz nak baiki seluar dia ni mane tahu malu tempat macam tu baiki seluar.


Tiba-tiba tangan(siku yg tgah membengkok) aku yang dok belek2 baju yang disangkut tinggi tu terkena muka si Nadia ni pergh… Sakit wooo… bukan aku yang sakit si Nadia la yang sakit sebab terkena dekat muka, aku pun terkejut la terus pusing nak mengadap si Nadia ni, tiba-tiba je aku rasa tubuh aku melayang jatuh dush!! Tak sempat nak dushh!! la aku sempat menongkat tubuh aku dengan tangan kanan aku, macam orang nak buat shuffle la pulak kedudukan aku tu.


Ya Allah malu wei, walaupun kat situ tak de orang lain selain aku dengan Nadia je, tapi aku tetap merasa muka aku dah bertukar colour(merah siot!!). Sial punyer selipar, sebab selipar tu la aku jatuh, bukan selipar aku tu wei si Nadia pergi rembat selipar aku jadi terpaksa la aku pakai dia punye selipar harap jenama je femes( CASPIA) tapi hampeh.


Sakit segala urat aku ni, yang si Nadia pula bukan nak tolong aku dia boleh pulak  pergi tempat si Jaa n Farah ni sambil gelak2 dia  cerita dekat dua orang tu. Dua orang tu apa lagi gelak sakan. Aku ni yang tengah dok membetulkan urat yang dah tersimpul mati(melampau sgt la plak perumpamaan). Huhu… Memang aku malu la. Tak tahu nak letak muka dekat mana.  


Tadi kakak tu yang malu sekarang ni aku pulak yang malu tu la yang dok gelak dekat kakak tu atas motor dengan si Nadia buat apa, sekarang dah dapat akibatnya …. Hehehe


bukan macam ni aku jatuh tau, sekadar hiasan je.










Written by:Zieyla Aarif