How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Selasa, 20 Disember 2011

Disebabkan terlalu khusyuk memilih novel



Assalamualaikum, hello.....
hehehe..... 

Aku ni memang PEMALAS la kan?? kenapa lah aku ni malas sangat nak update blog ish3, apa nak buat aku memang macam ni. Ini entry aku mahu story mory tentang aku pergi jalan-jalan dekat bandar Kuala Krai.

Minggu ni aku duduk rumah kak ngah aku dekat Sungai Durian jadi dekat je la dengan Bandar KK. Aku pergi dengan Nadia sebab motor aku belum siap dibaiki lagi jadi aku terpaksa tumpang si Nadia ni.

Aku pergi berempat aku, Jaa, Farah dan Nadia dua buah motor la. Aku ni bukan nak cerita kisah kami pergi Bandar tapi aku nak cerita kisah di kedai buku Syarikat Muda Osman(SMO). Aku pergi Bandar ni ada sebab tau bukan saja-saja nak pergi jalan-jalan aku nak pergi beli novel, bagus kan aku orang lain dekat nak bukak sekolah ni pergi beli barang sekolah tapi aku hehe. Semua barang aku dah ada la.

Kami berempat berpecah aku dengan Nadia pergi kedai buku Jaa dengan Farah pergi Pasaraya berdekatan. Aku masuk sorang ke dalam kedai buku SMO tu sebab si Nadia ni mane minat benda alah ni.

Sedang aku khusyuk dok memilih novel ni aku perasan tak jauh dari aku ada sorang kakak ni dok pilih novel gak, sama2 khusyuk  la kan.  Kakak tu datang dekat aku tapi mata dok tertacap dekat rak novel aku tengah baca senopsis novel M.A.I.D coretan oleh Suri Ryana tiba-tiba kakak tu bersuara “best ke novel tu” dengan lenggok suara macam aku ni kawan dia la, aku pun palingkan wajah kearah kakak tu aku tengok je muka dia dalam hati aku dok berkata ‘kakak ni salah orang ke? Atau dia memang cakap dengan aku’ aku tengok dekat sisi kakak tu tak de orang pun aku pun tak jawab la takut aku pulak malu.

 Aku buat tak endah je terus pilih novel pahtu kakak tu angkat wajah dia mungkin dia pelik kenapa la tak dengar suara orang menjawab. Masa kakak tu tengok aku, muka dia dah memerah dah malu kot, dia pun cakap “ sorry la dik salah orang ingatkan kawan kakak tadi”, aku dengan lemah lembut dan bersopan santun cehhhh….. menjawab tak pe, hehe sambil tersengih buat iklan ubat gigi colgate kat situ.

Kakak tu dah malu dah terus dia pergi cari kawan dia pahtu aku tengok dia dok potpet..potpet.. depan kawan dia mungkin dia bagitahu dekat kawan dia kot sebab kawan dia tengok dekat aku sambil tersenyum. Kesian kakak tu salah orang, tapi yang peliknya baju aku dan saiz tubuh badan aku tak sama pun dengan kawan dia, huhuhu. Mungkin ni penangan novel parah2.
 Aku pun pernah hampir2 nak jadi macam tu tapi aku sempat tengok muka orang tu kalau tak malu free2 je aku. Lepas ni aku nak tulis satu lagi entry tentang aku buat shuffle dekat kedai Zon Ria. Haha…. Nak sambung dekat sini panjang sangat. Eh..eh.. Lupa pulak nak bagitau novel apa yang aku beli hehe... aku beli novel yang aku baca senopsis kat atas tu, M.A.I.D nak beli 2 buah novel tapi yela faham-faham je la ongkos(duit) kurang hehehe. Sebab novel M.A.I.D ni harga dia RM26 aku bajet dalam RM18 atau RM19 je satu boleh la aku beli dua tu pun aku dah dapat diskaun sebab aku ada kad keahlian SMO boleh la harga RM23.40. Untung la sikit.








Written by:Zieyla Aarif