How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Jumaat, 16 Disember 2011

Hidup ini umpama roda



kita hidup jangan terlalu bongkak, nanti jatuh mencium bumi.
kita hidup jangan terlalu megah, nanti jatuh tergolek dibumi.
bersyukur dengan apa yang ada,
terima segala ujian dari-NYA,
insyaAllah hidup kita akan diberkati.


hidup kita umpama roda sekejap diatas sekejap dibawah dan jangan terlalu perasan pabila berada diatas kerana kita sendiri tahu pasang surut kehidupan. Jangan bangga dengan kekayaan dan kecantikan kerana semua itu hanya pinjaman kepada kita bila-bila masa sahaja ia akan diambil seandainya kita tidak bersyukur. Jangan mengeluh sekiranya kita miskin harta, biar miskin harta asal kaya budi bahasa, jangan mengeluh andai kita tidak menpunyai rupa yang cantik, biar tidak cantik diluar asal cantik didalam. Mencari seorang kawan dan kekasih yang jujur terlalu payah seperti mencari sebutir berlian didalam timbunan kaca, andai tidak berhati-hati, andai tidak memerhati dengan baik maka akan terluka jari tertusuk serpihan kaca. Jangan buta hati kerana cinta, jangan buta hati kerana harta dan jangan buta hati dengan sikap kepura-puraan.










Written by: Zieyla Aarif