How Many Online Now

Demo Ore Nombor Berapo

VIP TERHORMAT

Khamis, 15 Disember 2011

saya hanya manusia biasa awak







Selamat tinggal awak,

Awak

Maafkan saya andai saya pernah melukai hati awak,
Maafkan saya andai saya pernah mengores jiwa awak,
Maafkan saya andai saya pernah mendera hati awak.

Awak

Hidup saya tak lengkap tanpa awak,
Hidup saya tak sempurna tanpa awak,
Hidup saya tak ceria tanpa awak.

Tapi awak,

Saya tahu kita bukan ditakdirkan untuk bersama,
saya tahu kita memang tidak sehaluan.

Maafkan saya awak,

saya dah letih menunggu awak, saya sayang sangat dekat awak, cinta sangat2…
tapi saya dah letih awak, awak tak pernah faham kehendak hati saya. Awak selalu mendera jiwa saya dengan sikap awak, saya hanya manusia biasa awak. Akan menangis pabila dilukai, akan meraung pabila disakiti, akan merasa letih pabila menunggu terlalu lama. Saya tak tahu isi hati awak, saya tak nampak bagaimana perasaan awak. Memang saya tahu hati saya, jiwa saya, perasaan saya akan terluka dengan keputusan yang saya buat ini tapi apakan daya saya awak saya dah letih. Saya hanya manusia biasa awak akan mengeluh pabila letih. Kita ditakdirkan berjumpa dan kita berkawan saya jatuh cinta dengan sikap awak tapi kita tidak ditakdirkan bercinta. Betapa sakitnya jiwa saya awak, awak saya tak pernah minta awak  buat baik dengan saya, dari awal lagi saya jaga cara kita berhubung kerna saya takut saya jatuh cinta dengan awak. Tapi sekarang dah terlambat apa yang saya takuti itu terjadi juga, jiwa saya sakit awak saya dah tak tahan menanggung rasa ini biarlah saya mengundur diri sebelum ia semakin sakit sehingga tidak boleh diubati lagi. Satu je benda yang saya nak awak tahu SAYA SAYANG SANGAT2 DEKAT AWAK. Andai ini takdirnya saya terima awak, tapi andai sebaliknya saya akan terima awak kembali dalam hidup saya kerna awak adalah sebahagian dari hidup saya, perginya awak tiada penganti, kerana awak separuh dari hidup saya.
Written by: Zieyla Aarif


Written by: Zieyla Aarif










http://aziepeaceazilaaarif.blogspot.com/

Tiada ulasan: